Showing posts with label suka-suka. Show all posts
Showing posts with label suka-suka. Show all posts

surat remaja

Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun, sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin, dalam ruang demokrasi, tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini, menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. ‘Singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya kini.

Tidaklah pula saya katakan, yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan, saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari, makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri, untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH, kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR
Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini, percaya bahawa, setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari, saya dan rakan-rakan, menerima berita dari segenap pelusuk negara, samada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI
Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri, turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga, kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka, menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana, seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda, dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan waktu Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar, bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar, yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda, hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para bijak pandai masa depan. Dengan Dato’ Seri melambakkan pada mereka, hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan, bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT
Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar beritah demikian, kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya, waktu melihat Dato’ Seri dan isteri, melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati, untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam), yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya, apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI
Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak, apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka, daripada wang yang mereka perolehi hasil judi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini, ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK
Dato’ Seri, orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali, jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun, Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga, kaya raya.

Maka, tidak kiralah, jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau Rm 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya, adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun, sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu). Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah, meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah yuran persekolah masih dihutang. Bukan sedikit keringat yang dicurah, demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat, yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini, sekadar untuk meraih undi. Waktu berkuasa, kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami, bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT
Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi, untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati, dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami, ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri, tanpa rasa bersalah, menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu, memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana, kami rakyat, cuba untuk berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi, betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat.Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media dibawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara, adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri, pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi sebab untuk anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara, sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI
Saya dan juga rakan-rakan, adalah remaja muda yang punya sikap. Punya pendirian. Kami berazam, untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad, seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya, untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti. Agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan mendapat tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf, kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada gerak langkahnya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini, ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian, hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

Muhammad Muizzuddin Bin Zaini
Posted on 3:22 PM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Fakta Menarik Tentang Youtube


Youtube merupakan laman web video sharing yang paling popular abad ini sehinggakan budak-budak kecil pun tahu menonton kartun kegemaran mereka di youtube. Pengguna dapat menonton, memuat naik video dan berkongsi video mereka sendiri secara percuma di laman web ini.

Di bawah ini terdapat info atau fakta yang mungkin tidak diketahui orang ramai tentang youtube. Meh baca..

1. Youtube dibangunkan pada bulan februari 2005 oleh 3 orang jejaka yang juga pemilik PayPal,iaitu Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim.

2. Pada awalnya pusat operasi Youtube hanya terletak di lantai atas sebuah restoran Pizza dan Restoran jepun di San Mateo, California.

3. Video awal yang pertama kali di Upload di Youtube berjudul Me at The Zoo, menampilkan Jawed Karim di kebun binatang San Diego.Sampai ketika ini video tersebut masih lagi dapat disaksikan di youtube.

4. Youtube mula melancarkan laman web itu dalam versi Beta pada bulan Mei 2005, 6 bulan sebelum official launching yang dilaksanakan pada bulan November 2005

5. Pada bulan julai 2006 atau 8 bulan setelah dirasmikan mencatatkan sebanyak 65000 video baru di upload ke Youtube setiap harinya, dengan 100 juta views per hari.

6. Semua video di youtube berformat flash video iaitu .flv

7. Pemilihan nama www.youtube.com mengakibatkan masalah bagi sebuah company mirip youtube iaitu www.utube.com.Pemilik laman web itu, Universal Tube & Rollform Equipment, mengemukakan saman terhadap YouTube pada November 2006 setelah mengalami kelebihan beban secara teratur yang diakibatkan kebanyakan orang lebih suka kepada youtube berbading utube.

8. Pada bulan Oktober 2006, Google Inc. membeli Youtube yang dianggarkan bernilai 165 milion US Dolar.

9. Pada tahun 2007 Youtube telah mengupgrade Bandwidth menyamai besarnya Bandwidth keseluruhan internet di dunia pada tahun 2000

10.Bulan jun 2008,majalah Forbes melaporkan bahawa pendapatan Youtube selama tahun 2008 dianggarkan mencapai 200 juta US Dolar.

11.Tahun 2008, Youtube mendapat penghargaan dari George Foster Peabody Award.

12.Sehingga hari ini,Youtube masih lagi menjadi laman web online Video paling popular di Amerika syarikat, bahkan mungkin dunia dengan menguasai 43 peratus pasaran.

13.Mengikut info,dianggarkan 20 Jam durasi video di upload ke Youtube setiap minitnya dengan 6 milion views per hari.

Posted on 4:57 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Husband Day Care

sekarang dimana2 ada jualan murah. para isteri tentu seronok sakan berbelanja, tapi jika bawa suami banyak le tak boleh. so, sementara nak shopping tu kalau para isteri rasa membawa suaminya lebih bagus, dah ada perkhidmatan penjagaan suami untuk sementara waktu. may be tinggalkan pagi, kemudian bolehlah bershopping sakan. dah puas shopping bolehlah ambik balik suami anda dari nursery tu.


tapi AWAS, jangan suka2 hati nak letak suami. aku yakin penjaga nurseri tu bukan tahap mak lampir, tentu gadis2 genit. dengan perkhidmatan yang mantop, aku yakin ada suami yang dah tak nak balik rumah nanti.

Posted on 3:56 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

CINTA ELYSA

typo error, Cinta Elysa.. ;-)

Cinta Elysa menggantikan drama Ana Lulu, setiap Selasa jam 9.00 malam.

Pelakon
Johan As’ari (Botak Juvana), Fasha Sandha, Datuk Jalaluddin Hassan, Zila Bakarin, Addy Ashraf, Naim Daniel, Zaefrul Nordin, Ika Nabila

Sinopsis
Mengisahkan Aril (Johan As’ari) seorang anak yatim piatu yang membesar tanpa kasih sayang telah menjadi seorang pemuda bermasalah yang terlibat dengan kegiatan samseng. Selepas disisihkan oleh keluarga sebelah ibu ekoran pelbagai masalah yang ditimbulkannya, akhirnya bapa saudara sebelah bapanya, Jasman (Dato’ Jalaluddin Hassan) telah membawanya pulang dan masih menaruh harapan kepada Aril untuk berubah.


Isteri Jasman, Yasmin (Zila Bakarin) sangat bencikan Aril dan sering melemparkan kata-kata nista kepadanya. Anak-anak lelakinya, Khairul dan Imran juga memusuhinya. Hanya anak sulungnya, Elysa (Fasha Sandha) yang masih menegur Aril. Namun sebenarnya, Elysa agak gugup berhadapan dengan Aril kerana sudah mendengar macam-macam perkara buruk tentang dirinya.

Aril telah didaftarkan di kolej yang sama dengan Elysa dan diberikan tanggungjawab untuk menjaganya. Aril sering melepaskan kemarahannya kepada Elysa lebih-lebih lagi selepas Elysa jatuh di kolej dan kakinya cedera. Aril menganggap Elysa sebagai beban dan suka menyusahkannya.

Aril berada dalam dilema apabila diamanahkan oleh Jasman untuk menjaga keluarga kerana anak-anaknya masih bersekolah. Jasman telah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Aril cuba mengikut amanat tetapi kebencian Yasmin menjadikan tanggungjawabnya amat sukar dilaksanakan. Hanya cintanya pada sepupunya Elysa menjadi inspirasi dan memberi kekuatan kepadanya untuk tidak meninggalkan rumah itu.

Apabila Aril dihalau keluar dari rumah oleh Yasmin, Aril nekad membawa Elysa yang masih cedera lari bersamanya. Aril kembali menjalani kehidupan sebagai samseng untuk mencari duit demi kehidupannya dan menyembuhkan Elysa. Elysa menyangka Aril melarikannya kerana mahu membalas dendam kepada ibunya. Selepas teguran Elysa, Aril mencari rezeki halal demi Elysa.

Aril dan Elysa menyamar sebagai pasangan suami isteri di sebuah kampung. Mereka mendapatkan pengamal perubatan tradisional, Mak Jah untuk mengubati Elysa. Namun perlakuan mereka menimbulkan syak wasangka Mak Jah dan rahsia mereka terbongkar. Mak Jah menasihatkan mereka untuk berkahwin. Hati Aril berbelah bagi tetapi Elysa akur untuk mengelakkan dosa. Aril berjanji bahawa akan menceraikan Elysa selepas Elysa boleh berjalan semula. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Posted on 5:18 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

minyak naik lagi

Kuala Lumpur, 6 Jan 2011 – Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.40 seliter, manakala RON95 pula naik 5 sen.

Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat secara terpencil di dada akhbar. Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak

berhari hari lamanya.

Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,”Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur.Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna”.

Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, “Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya mencapai azam saya iaitu hidup serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas.”

Pemuda yang mahu dikenali dengan nama Ajoi , 38, yang bekerja di syarikat komunikasi berkata, “Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Dengan ini saya dapat mengurangkan aktiviti merempit di sebelah malam. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup prihatin.”

Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Sumardi , 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, “Tak payah interview saya …. Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer..”

Wartawan kami juga sempat menemubual seorang gadis yang sedang berjalan kaki melintas stesyen minyak tentang pendapat beliau mengenai kenaikan harga minyak RON97. Gadis tersebut yang juga mahu namanya dirahsiakan, berkata “Bagus la bang minyak naik, nanti harga barangan lain pun naik, ikan naik harga, ayam pun naik harga, ni bawang merah pun dah naik harga. Jadi saya boleh berdiet bang. Bolehlah lepas ni saya pakai baju fesyen-fesyen, ehmm RON tu nickname nama Badron kan bang? Tentu dia hensem…”

Untuk melengkapkan artikel biar dapat panjang sikit space di akhbar kami, wartawan kami sempat juga menemubual seorang kanak-kanak lelaki yang sedang mengepam tayar basikalnya di stesyen minyak yang sama. “Minyak mana boleh naik bro… kan kalau pam minyak tu turun masuk dalam tangki kereta…”

Wartawan sempat juga menemubual pam attendan stesyen minyak tersebut, “minyak naik pun gaji sama juga encik..tak naik pun”

Posted on 3:04 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Kenapa Ayam Melintas Jalan






Saintis : Mungkin kerana diseberang jalan terdapat sesuatu yang menarik perhatiannya kerana ayam mempunyai deria yang sangat sofistikated.

Ahli Matematik : Kebarangkalian ayam tersebut ingin melintas cuma 1/6 dari naluri asalnya yang was was kepada kekalutan jalan raya.

Atuk : Entahle .. dulu atuk pening nak jawab mana dulu ayam ke telur ayam .. sekang kau tanya kenapa dia lintas jalan ? jap .. atuk nak amik air semayang

Polis : Kita akan siasat. Diminta orang ramai tidak membuat spekulasi kerana kita masih diperingkat awal

Peguam : Kita masih mengkaji. Sekiranya mempunyai kes , kita akan buat dakwaan.

Ahli Politik : Ayam itu juga perlu dilindungi dalam konteks demokrasi . Samada ia melintas atau tidak itu pilihannya.

Perkasam : Ayam itu telah cuba untuk menggugat ketuanan. Jangan benarkan ia melintas.

Peniaga Ayam : La .. rugi sekor ayam den.

Kaki Skodeng : Ayam tu berbaju ke togel ?

Sister In Selam : Ini sangat peribadi, orang cuma tahu menghukum, ayam juga boleh memimpin

Kak Jat : Kalau pun ayam tu melakukan kesalahan, ianya cuma dosa individu .. kenapa perlu dipolitikkan ?

Sepuul : Saya bersumpah .. takde kena mengena ngan ayam tu !!!

Mat Monggol : Ayam ? mana mana ? eh .. sesape je yang kata ayam tu melintas .. adalah pengkhianat .

Bik Mama : Ini fitnah .. bila saya kata nak lintas jalan ? kah kah kah


Posted on 5:48 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

cara buat ayat terbalik di facebook, twitter dan lain-lain




ini status facebook aku, nak tahu macam mana nak buat ayat ataupun status terbalik ni? senang sahaja nak buat macam ni, mula-mula anda pergi kat mana-mana link di bawah ini. semua ini link untuk terbalikkan ayat yang anda tulis.


lepas tu tulis lah apa-apa pun dan copy hasilnya, kemudian paste kan dekat mana-mana yang anda suka macam facebook, twitter dan lain-lain. nak paste dekat blog pun boleh tapi kalau buat ayat untuk entri memang pening la orang yang baca tu. ini sedikit ayat yang dah diterbalikkan -> ɯnʎuǝs uɐp ɐɔɐq


nampak rare dan cool sikit kalau anda update status facebook dan twitter guna ayat terbalik ni. anda suka entri ni? kalau nak share atas entri ni ada button share di facebook. bawah pula ada button like, ǝɥǝɥǝɥ ¡ʞılɐqɹǝʇ ɐɹɐɔǝs sılnuǝɯ ıɐɯɐɹ-ıɐɯɐɹ ɯoɾ

Posted on 8:44 PM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »