mahseer

Kelah Raja di Sungai

>> SUNDAY, SEPTEMBER 6, 2009

Di Malaysia terdapat beribu-ribu jenis ikan tidak kira di lautan dan juga di sungai-sungai. Ikan Kelah, digelar raja sungai, mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas.

Ikan ni sangat aktif dan merupakan cabaran yang amat digemari oleh kaki pancing. Ayah aku ada bela ikan kelah ni dulu dalam akuarium..habis melompat-lompat..pastu ayah aku belikan aquarium yang besar..pump/filter akuarium pasang sampai 2 sebab nak lajukan arus air dalam akuarium tu..ikan emas dah mati kalau arus laju sangat..habitat ikan ni kat sungai yang air mengalir deras..

Jenis-jenis Ikan Kelah

golden mahseer himalaya







thailand mahseer/ kelah thailand




Red kelah / Malaysian Golden mahseer / kelah merah rebung



Kelah Bara terengganu / pahang


Besarnya ikan kelah ni..Aku penah tengok orang mancing kat tasik Kenyir..beso..dalam 5 kaki panjang dia...sebenarnya ada lagi jenis2 kelah lain macam humback mahseer, kelah indonesia (merah & hijau), Kelah biru Malaysia dan banyak lagi..

Perbezaan Ikan Kelah dan Ikan Tengas

kadang2 ramai yang terkeliru perbezaan tengas dan kelah.. dan ramai jugak org2 aquarium yg sering kali menipu menyatakan tengas adalah kelah... kelah adalah species yg semakin terancam di Malaysia...ni saya akan terangkan sedikit tentang perbezaan tengas dan kelah..kelah bersisik rapat..ada lebihan isi yang panjang di bibir ..terdapat lebihan di cuping median.jika di terbalikkan cuba perhatikan garis di bawah bibir.. terdapat 3 garis







Yang di bulatkan tu ada lebihan isi yg menampakkan 3 ketul daging atau daging berlebihan.. itulah kelah dan disebelahnya adalah tengas..

Posted on 5:42 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Kenapa nak ternak ikan kelah??

Kenapa anda nak ternak ikan?

Sebagai hobi atau untuk mencari pendapatan tambahan atau utk membina pendapatan utama?
Jika sebagai hobi, anda akan membelanjakan wang utk memenuhi kepuasan anda. Anda tidak mementingkan pulangan dalam bentuk wang. Anda tidak mahu menjual ikan. Anda ingin “memiliki” ikan yang tercantik dan terhebat apabila dipandang.
Jika anda ingin mencari pendapatan sampingan atau utama dengan menternak ikan, anda perlu lakukan perkara berikut:
1. Mendapatkan informasi asas yang utama – selengkap mungkin antaranya:
- ada keperluan pasaran tak? siapa, di mana, byk mana? bila nak?
- berapa harga pasaran?
- berapa kos – kos anak benih, makanan, air, elektrik, bahan api, upah, gaji, pengangkutan dan lain lain
- berapa lama masa utk menternak
- macam mana nak ternak, besar mana kolam, berapa ekor boleh masuk, byk mana air, apa nak kasi makan, byk mana nak kasi makan, bila nak kasi makan, benih berapa inci nak masuk, apa tanda tanda penyakit, apa nak buat kalau ada penyakit.
- selain mendaftar dengan jabatan perikanan, ada insentif tak, jika ada berapa, apa fama boleh bantu (jika ada), membina jaringan dengan kumpulan atau persatuan yg ada kepentingan bersama, ada daftar perniagaan tak, jika tak ada, kene daftar, nak daftar di mana, berapa kos, ada akaun bank dgn agro bank tak, dan seumpamanya. Fikirkan, tuliskan, susunkan informasi, dan mula merangka tindakan mengikut prioriti.
2. Bagaimana nak cari maklumat di atas?

- Di internet. (percuma, terhad dan berterabur)
- Menghadiri Kursus. (berbayar, tersusun, dan boleh tanya mentor sampai bila bila). Pastikan betulke penganjur (speaker) kursus tahu dan reti dgn apa yg dia nak kursuskan.
- Jumpa dan belajar dengan penternak yang dah berjaya. Pastikan betul ke berjaya.
- Kesemua di atas.
3. Menyediakan bajet. Cara terbaik dgn duit sendiri. Kedua duit kawan kawan. Boleh JV dgn kawan rapat. Duit ahli keluarga khusus mak/ayah atau adik beradik. Jika layak dan boleh dpt dgn pinjaman bank, teruskan. Jika ada dan boleh dpt geran, teruskan.

4. Memulakan projek. Memperuntukkan masa dan tenaga kerja.
Setiap informasi yang diterima, ditapis, disusun dan dirangka pelan tindakan mengikut prioriti.
Sekian serba sedikit yg saya mampu terfikirkan secara spontan utk rakan rakan aqua semua:)
Posted on 5:24 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

mari mengenal spesis ikan-ikan kelah

Gambar-gambar Ikan Kelah di Malaysia

aku nak tunjuk kt korang koleksi-koleksi Ikan kelah di Malaysia...
kalo korang nak tau negara Malaysia nie kaya dengan Raja Sungai nie...





Kelah Biru...tiptop!
























nie plak kelah bara kelantan gred AAA...hehe






























nie kelah emas India...hanya terdapat di India...terbaik!

Posted on 7:39 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Kelah bara Cameron

salam

kenangan manis menjala ikan kelah bara cameron


4.1kg




bantuan penafasan

Posted on 5:56 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

IKAN KELAH BESAR


Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,

Rakan penggilai Ikan Kelah sekalian…

Hari nih kami melakukan aktiviti memindahkan ikan kelah besar dari kolam simen utk dimasukkan ke dalam akuarium… hah? utk ditayangkan kepada peminat yang datang melepaskan gian… kalau tak tahan, terus beli… ;-)

Kami ambil peluang ini untuk mengambil gambar dan menimbang berat ikan ikan kelah tersebut.

Berikut ialah beberapa koleksi gambar untuk tontonan pelayar weblog ini.

Selamat menikmati!

Haa… inilah Fadhil Noor Hadi… tulang belakang projek…

Di bawah ini ialah berat seekor ikan kelah on the way ke akuarium singgah kat timbang jap… 3.7Kg

Posted on 5:45 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

kelah makan sawit


Assalamualaikum wr wb, dan
Salam hormat,

Rakan rakan aqua sekalian,

Pernah bagi makan ikan kelah peliharaan? … antara saat saat pengalaman yang sangat seronok.

Ikan kelah suka buah sawit. Buah sawit dihentak @ dipenyek dengan kayu beluti atau pun dihiris hiris dengan pisau amat disukai oleh ikan kelah. Ikan kelah akan mengekori sahaja tangan anda… gerombolan atau kumpulan ikan kelah akan merentap seberapa yang dapat kemudian membawanya lari jauh jauh dari rakan rakan saingannya… aktiviti ini menghasilkan bunyi “cit cit cit” sama seperti jika anda memberi makan ikan keli yang bersaiz 2-3 inci dengan dedak di atas polypipe.

Berikut ialah rakaman “ikan kelah makan sawit di tangan”…

Untuk “close up” anak anak benih ikan kelah merah saya… lihat gambar di bawah…

Posted on 5:44 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

KING OF THE RIVER ( KELAH BARA MERAH )

Kalau tak dapat menjadi ikan Kelah, Jadilah
seluang, Tetapi seluang terlincah di
tasik terbentang”. Itulah ungkapan yang
diibaratkan terhadap minat memancing dalam dirinya sejak
dari kecil lagi. Naluri seperti pemancing yang lain, perasaan
tidak sampai untuk ‘membunuh’ ikan yang dipancing,
lalu mencetuskan idea untuknya menternak ikan. Beliau
memilih spesies ikan eksotik iaitu kelah merah kerana nilai
estetika ikan ‘tersohor ‘itu.
Encik Othman bermula dengan menternak ikan kelah
dalam tong fiber ketika menetap di Kampung Baru Hulu
Langat dan kini telah mengembangkan penternakan
ikan kelah memandangkan permintaan terhadap ikan itu
memberansangkan.

Menurut Othman,pengalaman 20 tahun itu telahmemberi
peluang kepadanya untuk lebih mengetahui tentang sifat
kelah dengan lebih mendalam. Ini juga bukan merupakan
satu tempoh yang singkat dan memerlukan kesabaran
tinggi.
Sehingga kini beliau telah mempunyai empat kolam kelah
dan berjaya menternak hampir 20,000 kelah dalam satu
masa. Baginya cara penternakan ikan kelah tidak sukar
seperti yang di dakwa oleh kebanyakkan orang.
Menurut Encik Othman lagi,kelah tidak seperti sesetengah
ikan yang hanya memakan palet ikan sahaja tetapi kelah
agak berbeza berikutan ia boleh memakan biji getah yang
dihancurkan, kangkung, sawit, epal dan sebagainya selain
memakan palet.
Sebagai rutin harian, beliau akan memberi makan kepada
ternakannya dua kali sehari kesemua empat kolam yang
sedia ada di rumahnya.
Acap kali pengalihan ikan dari satu kolam ke satu kolam
lain biasanya dilakukan apabila ikan itu telah membesar
sehingga empat atau lima inci. kelah akan membesar
mengikut saiz yang berbeza.

Beliau tidak mempunyai banyak masalah menjual
hasil ternakannya. Kebanyakan pelanggannya membeli
bertujuan menjadikan ikan kelah ini sebagai hiasan dalaman
kediaman mereka kerana ikan ini mempunyai jangka hayat
yang panjang dan mampu menjangkau hayat sehingga 30-
50 tahun.
Percaya atau tidak, kita hanya mendengar ikan Patin
dari lubuk kelahiran Mat Kilau di Pahang sahaja yang
mempunyai harga luar biasa. Namun bagi kelah, ikan ini
mampu menjangkau harga sehingga RM300 sekilogram
bagi kelah mati dan RM500 bagi kelah hidup. Ujar beliau,
bagi kelah kecil bersaiz 2 inci di jual dengan harga RM8.00
hingga RM10.00 manakala kelah dewasa pula dijual
dengan harga RM500 sekilogram. “Saya mendapatkan
benih kelah daripada beberapa peraih dan kaki pancing
dari sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan dan ada
ketikanya menangkap sendiri” katanya.
Secara teknikal,seekorinduk kelahmampumengeluarkan
30,000 hingga 40,000 ekor anak ikan kelah manakala
setiap kolam ikan pula mampu memuatkan lebih 1000
ekor kelah. Jika penternakan dilakukan dalam tong fiber
8’ X 4’ ia boleh memuatkan 100 ekor dewasa atau 1000
ekor kelah kecil. Hal ini tidak mendatangkan kerumitan
berikutan kelah adalah jenis ikan yang suka berkawan dan
mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Daripada pengamatan beliau, kelah Malaysia adalah
lebih cantik dibandingkan dengan kelah Indonesia di mana
ia terdiri daripada kelah biru, kelah merah dan kelah putih.
Beliau menasihatkan kepada pembeli agar berhati-hati
dengan peniaga yang menjual kelah hijau tetapi memberikan
ikan tengas berikutan fizikalnya seakan sama.
Sebagai seorang usahawan ikan kelah air tawar, aspek
penjagaan mesti diberi penekanan yang serius bagi menjaga
kualiti air dan mineral. Walaupun penjagaannya tidak rumit,
tetapi ianya boleh mengancam tumbesaran dan kualiti ikan
tersebut. Kerja penyucian kolam perlu dilakukan apabila
keadaan air kolam telah kotor dan perlu juga ditabur garam
ketika mengisi air semula bagi tujuan membuang kuman
dan menstabilkan semula air tersebut.
Othman yang merupakan ahli PPK Hulu Langat Utara ini
mudah mesra kepada sesiapa yang baru mengenalinya tidak
lokek kepada ilmu di dada dan menasihatkan supaya tidak
perlu takut untuk menceburi bidang akuakultur ini kerana
ianya pasti ada caranya dan jika betul laluannya, maka
hasil penat lelah itu amatlah lumayan. Beliau seterusnya
berharap agar bidang akualkultur ini diberi perhatian oleh
pihak–pihak yang berkenaan berikutan potensi ternakan
ini amat tinggi dan mampu menyumbang kepada ekonomi
Negara amnya sebagai satu rakyat. Beliau juga turut
menawarkan diri kepada mereka yang memerlukan nasihat
serta bimbingan terutamanya yang ingin menceburi dalam
bidang ternakan dan pembelaan ikan kelah
Posted on 5:40 AM by kundangcrew and filed under | 2 Comments »

Tip Akuarium: Kelah merah penghias akuarium, kolah



Kelah merah
Kelah merah

IKAN kelah merah memang terkenal kerana keunikan serta kesukaran untuk mendapatkan sama ada untuk dipelihara atau dijadikan lauk kerana ia pada kebiasaannya mendiami di hulu sungai di kawasan pedalaman hutan tebal.

IKAN kelah merah memang terkenal kerana keunikan serta kesukaran untuk mendapatkan sama ada untuk dipelihara atau dijadikan lauk kerana ia pada kebiasaannya mendiami di hulu sungai di kawasan pedalaman hutan tebal.

Spesies ini semakin mendapat perhatian pemilik akuarium untuk memeliharanya dan harganya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Ia juga tidak ganas dan boleh dipelihara bersama ikan lain. Ikan yang dipelihara dalam akuarium boleh diberi makanan pellet (jenis pellet ikan koi) dan juga udang gantung (Macrobrachium lanchestri). Kalau sebelumnya ini hanya ikan besar ditangkap untuk dijadikan juadah, kini anak kelah ditangkap dan dijual di kedai akuarium dengan harga yang mahal.

Amalan memelihara ikan dalam akuarium atau dalam kolam kecil di laman rumah adalah hobi yang menyeronokkan. Hobi dan minat begini perlu digalak dan ditanam dalam diri generasi muda sejak kecil lagi.


Kegemaran masyarakat kita memelihara ikan hiasan lebih mementingkan kepada jenis ikan yang dipelihara, bukan kepada sistem di dalam akuarium itu sendiri iaitu secara mewujudkan keseimbangan biologi dalam ekosistem akuarium. Ini boleh dilakukan dengan menanam tumbuhan akuatik dan menyediakan penapis biologi yang dapat menampung sisa yang dihasilkan ikan peliharaan sehingga beberapa bulan tanpa menukar airnya.

Alangkah baiknya seandainya di kalangan penggemar ikan hiasan yang memelihara ikan kelah sehingga mencapai saiz tertentu atau terlalu besar untuk dipelihara di dalam akuarium; supaya melepaskan ikan itu ke dalam sungai atau tasik untuk ia berkembang biak.

Perbuatan sebegini adalah suatu usaha yang sangat disanjung. Malangnya ada antara kita yang kurang prihatin terhadap tindak tanduk yang dilakukan iaitu menangkap ikan dengan sewenang-wenangnya dan memasarkannya ke luar negara secara haram.

Menuba, meracun atau menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan sepatutnya dielakkan sama sekali kerana ini akan memusnahkan banyak sumber fauna dan merosakkan ekologi perairan kita.

Posted on 5:37 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

cara menjaga akuarium


Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik sebagai hiasan adalah mudah.

5.1 Penjagaan harian
•Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.
•Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan.
•Ikan yang mati perlu dibuang.
•Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik.
•Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan alat yang disediakan.

5.2 Penjagaan mingguan
•Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak ? atau ⅓ bahagian dari isipadu tangki.
•Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi
•Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.
•Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu.
•Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki.
•Cucikan kapas penapis dengan air bersih.
•Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal.
•Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan berlebihan.

6. MENGENAL PASTI MUTU AIR AKUARIUM
a.pH air
pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air akuarium yang paling sesuai aialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu asidik.

b.Suhu
Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik.

b.Bahan beracun
Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium (rujuk edaran nitrogen).
Posted on 5:35 AM by kundangcrew and filed under | 1 Comments »

Mengenal pasti tumbuhan akuarium



Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium.

•Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik.
•Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan.
•Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat.
•Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.

4.1 Cara menghias akuarium

Rujuk lampiran yang dipersembahkan dalam Power Point

4.2 Keperluan penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium

a.Karbon dioksida
Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus dan ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

b.Baja
Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan.

c.Cahaya
Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

Posted on 5:33 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »