KING OF THE RIVER ( KELAH BARA MERAH )

Kalau tak dapat menjadi ikan Kelah, Jadilah
seluang, Tetapi seluang terlincah di
tasik terbentang”. Itulah ungkapan yang
diibaratkan terhadap minat memancing dalam dirinya sejak
dari kecil lagi. Naluri seperti pemancing yang lain, perasaan
tidak sampai untuk ‘membunuh’ ikan yang dipancing,
lalu mencetuskan idea untuknya menternak ikan. Beliau
memilih spesies ikan eksotik iaitu kelah merah kerana nilai
estetika ikan ‘tersohor ‘itu.
Encik Othman bermula dengan menternak ikan kelah
dalam tong fiber ketika menetap di Kampung Baru Hulu
Langat dan kini telah mengembangkan penternakan
ikan kelah memandangkan permintaan terhadap ikan itu
memberansangkan.

Menurut Othman,pengalaman 20 tahun itu telahmemberi
peluang kepadanya untuk lebih mengetahui tentang sifat
kelah dengan lebih mendalam. Ini juga bukan merupakan
satu tempoh yang singkat dan memerlukan kesabaran
tinggi.
Sehingga kini beliau telah mempunyai empat kolam kelah
dan berjaya menternak hampir 20,000 kelah dalam satu
masa. Baginya cara penternakan ikan kelah tidak sukar
seperti yang di dakwa oleh kebanyakkan orang.
Menurut Encik Othman lagi,kelah tidak seperti sesetengah
ikan yang hanya memakan palet ikan sahaja tetapi kelah
agak berbeza berikutan ia boleh memakan biji getah yang
dihancurkan, kangkung, sawit, epal dan sebagainya selain
memakan palet.
Sebagai rutin harian, beliau akan memberi makan kepada
ternakannya dua kali sehari kesemua empat kolam yang
sedia ada di rumahnya.
Acap kali pengalihan ikan dari satu kolam ke satu kolam
lain biasanya dilakukan apabila ikan itu telah membesar
sehingga empat atau lima inci. kelah akan membesar
mengikut saiz yang berbeza.

Beliau tidak mempunyai banyak masalah menjual
hasil ternakannya. Kebanyakan pelanggannya membeli
bertujuan menjadikan ikan kelah ini sebagai hiasan dalaman
kediaman mereka kerana ikan ini mempunyai jangka hayat
yang panjang dan mampu menjangkau hayat sehingga 30-
50 tahun.
Percaya atau tidak, kita hanya mendengar ikan Patin
dari lubuk kelahiran Mat Kilau di Pahang sahaja yang
mempunyai harga luar biasa. Namun bagi kelah, ikan ini
mampu menjangkau harga sehingga RM300 sekilogram
bagi kelah mati dan RM500 bagi kelah hidup. Ujar beliau,
bagi kelah kecil bersaiz 2 inci di jual dengan harga RM8.00
hingga RM10.00 manakala kelah dewasa pula dijual
dengan harga RM500 sekilogram. “Saya mendapatkan
benih kelah daripada beberapa peraih dan kaki pancing
dari sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan dan ada
ketikanya menangkap sendiri” katanya.
Secara teknikal,seekorinduk kelahmampumengeluarkan
30,000 hingga 40,000 ekor anak ikan kelah manakala
setiap kolam ikan pula mampu memuatkan lebih 1000
ekor kelah. Jika penternakan dilakukan dalam tong fiber
8’ X 4’ ia boleh memuatkan 100 ekor dewasa atau 1000
ekor kelah kecil. Hal ini tidak mendatangkan kerumitan
berikutan kelah adalah jenis ikan yang suka berkawan dan
mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Daripada pengamatan beliau, kelah Malaysia adalah
lebih cantik dibandingkan dengan kelah Indonesia di mana
ia terdiri daripada kelah biru, kelah merah dan kelah putih.
Beliau menasihatkan kepada pembeli agar berhati-hati
dengan peniaga yang menjual kelah hijau tetapi memberikan
ikan tengas berikutan fizikalnya seakan sama.
Sebagai seorang usahawan ikan kelah air tawar, aspek
penjagaan mesti diberi penekanan yang serius bagi menjaga
kualiti air dan mineral. Walaupun penjagaannya tidak rumit,
tetapi ianya boleh mengancam tumbesaran dan kualiti ikan
tersebut. Kerja penyucian kolam perlu dilakukan apabila
keadaan air kolam telah kotor dan perlu juga ditabur garam
ketika mengisi air semula bagi tujuan membuang kuman
dan menstabilkan semula air tersebut.
Othman yang merupakan ahli PPK Hulu Langat Utara ini
mudah mesra kepada sesiapa yang baru mengenalinya tidak
lokek kepada ilmu di dada dan menasihatkan supaya tidak
perlu takut untuk menceburi bidang akuakultur ini kerana
ianya pasti ada caranya dan jika betul laluannya, maka
hasil penat lelah itu amatlah lumayan. Beliau seterusnya
berharap agar bidang akualkultur ini diberi perhatian oleh
pihak–pihak yang berkenaan berikutan potensi ternakan
ini amat tinggi dan mampu menyumbang kepada ekonomi
Negara amnya sebagai satu rakyat. Beliau juga turut
menawarkan diri kepada mereka yang memerlukan nasihat
serta bimbingan terutamanya yang ingin menceburi dalam
bidang ternakan dan pembelaan ikan kelah
Posted on 5:40 AM by kundangcrew and filed under | 2 Comments »

2 komen:

Anonymous said... @ January 14, 2014 at 5:05 AM

Assalam,saya wan,ingin bertanya,bagaimana saya ingin menghubungi encik othman? Di sini saya sertakan no telefon saya.saya harap,encik othman boleh hubungi saya.terima kasih

Anonymous said... @ January 14, 2014 at 5:06 AM

Assalam,saya wan,ingin bertanya,bagaimana saya ingin menghubungi encik othman? Di sini saya sertakan no telefon saya 0129442236.saya harap,encik othman boleh hubungi saya.terima kasih

Post a Comment