Guna Kayu Api



TRAK El kamina yang menggunakan kayu api sebagai bahan bakar.


HELSINKI - Tidak tahan dibebani harga petrol yang melambung tinggi, seorang lelaki di Finland mengubah suai sebuah trak pikap miliknya bagi membolehkan kenderaan itu bergerak dengan menggunakan kuasa kayu api, lapor sebuah akhbar semalam.

Setelah mengalami pengubahsuaian, enjin V6 trak jenis Chevrolet milik Juha Sipila kini dijana asap daripada dapur kayu api yang dipasang di belakang trak tersebut.

Pada kapasiti penuh, dapur tersebut boleh diisi dengan kayu api yang mencukupi untuk menggerakkan trak itu sejauh 1,280 kilometer.

Lelaki itu mendakwa, traknya boleh mencapai kelajuan maksimum 144 kilometer sejam dan dia menamakan kenderaannya El Kamina yang bermaksud dapur dalam bahasa Finland.

Teknologi dapur kayu itu yang pertama kali digunakan pada kenderaan semasa kekurangan bekalan petrol ketika Perang Dunia Kedua, didapati lebih mesra alam berbanding enjin petrol atau diesel. - Agensi

Posted on 7:35 PM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

batu NISAN hidup

Mohd. Zin menunjukkan antara batu nisan yang 'hidup' di Kampung Batu Melintang, Gua Musang, Kelantan semalam.


GUA MUSANG – Penduduk Kampung Batu Melintang dekat sini terkejut kerana batu-batu nisan di sebuah kubur lama di kampung itu didakwa hidup apabila saiznya semakin membesar dan meninggi.

Kubur tersebut yang dikatakan wujud sejak 200 tahun lalu, menyemadikan penduduk tempatan pada zaman dahulu.

Kini ia sudah tidak digunakan lagi setelah perkuburan baharu disediakan di Kampung Kuala Sungai tiga tahun lalu.

Sejak penggunaan tanah perkuburan beralih ke kubur baharu, kubur lama yang menempatkan hampir 150 jenazah penduduk beragama Islam itu kini terbiar dan dipenuhi pokok-pokok hutan.

Sebelum ini, menurut penduduk, batu- batu nisan itu memang telah dilihat membesar, namun tidak pernah dilapor- kan media.

Tinjauan Kosmo! Ahad ke lokasi tersebut mendapati, sebanyak 20 buah kubur lama yang batu nisannya menjadi tinggi, manakala kawasannya dipenuhi dengan semak-samun.

Batu-batu nisan di kawasan perkuburan itu memang besar dan tinggi sehingga ada yang hampir menyamai tinggi orang dewasa.

Posted on 1:40 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Pahang (Versi Kuala Lipis / Lepih, Raub)


(Jika anda ada perkataan-perkataan lain,sila kemukakan beserta makna dan contoh ayat. Kalau boleh sertakan daerah yang menggunakan loghat tersebut)

A.
aok: awak-you
(Nama aok sapa ye?)


B.
baber-degil/bebal-stubborn
(matnye baber sangat aok nih, kaweh kabo jangan mandi lubuk batu tu, kang chenkelik!) sumbangan heretic preacher

bele-baiki-repair
(kaweh nok gi kedai moto kejap, nok bele moto, segena(signal) tok idup!) sumbangan heretic preacher

Bobok: Bohong-Cheat-Lie
(Bobok sangat awak ni,mana ada Dinosaur kat Taman Negara Kuala Tahan.)

C.
Chenkelik: Lemas-Drown
(elok-elok mandi sungai tu, jangan sampai chenkelik)

D.
Dogok,Dogak: Langgar-Knock

E.
Emboh/mboh=boleh-Can
(pintu tu tak emboh terbuka,berkunci gamoknya)

F.

G.
gamok/gamak:agak2-maybe
(gamok nya banyok pahala tengku abdul raman mintok merdeka dulu. zaman org putih dulu tengok orang melayu bawok kereta pun pelik. sekarang ni orang melayu dah boleh bawok kapalterbang.gamok nya la.) sumbangan snakebite

gedang: besar-big

Getek: Juga-Also

gode:kacau-stir

(patutlah air nescafe deme pahit. deme tak gode dengan gula)


H.

Habat:kotor,tak senonoh-gross

(Kome tengah makan ni aok sibuk pulak korek hidung.Habat sungguh!!)

hampuras:hampeh,tak berguna-useless

(bandar temeloh zaman kita dulu mcm hampuras, gone org mcm kita ni tak lari ke kolumpo.) sumbangan snakebite


hogek:tak stabil-unbalance
('berani awok naik basiko dengan dia? dia bawok pun hogek hogek' kata nenek saya kepada adik saya yang meminta di bawa naik basikal. ketika itu saya masih lagi baru belajar naik basikal.) sumbangan snakebite

homih-becok-talkative
(anak kome yg bongsu mmg gitu, homih pepaleh!) sumbangan heretic preacher

I.

J.

jabir:beg plastik-plastic bag

Jelobir:Hartabenda-Materials
La aok jagan pandai2 nak beli kereta baru lah.Keh tak ada berjelobir apa dah nak
membayor hutang aok.

K.

kanceh:terkejut-suprise

(uihh..terkanceh keh.Ingat sapa la duduk dalam gelap sorang-sorang tadi.)

kawan: saya-I
kaweh: saya-I
(Ini la rumah kaweh)

kekoh:gigit:bite
(Burok mat muke aok makan mangge tok kopek dulu, maen kekoh je...)sumbangan heretic preacher

kelentong:tipu-lie
(aok kelentong keh je, mana ada Pak Lah pun datang ke Lepih semalam)

keselok:teruja-overeacted
(Buyong tu tak penah pegi kolumpo, tu yg keselok tu...) sumbangan heretic preacher

kerayan:takut/afraid
(Kerayan kome,ingatkan hantu mana datang nyakat kat tingkap dapur tadi)

kodi:tak elok-out of date
(Kodi betul hanfon aok ni. Takde kamera rupanya.)

kome: saya-I
(Nama kome ialah Samad bin Ali)


konyo : malu/shy

(Konyo je kome tadi, tuan rumah tak layan kome)





L
lengit: tercorot dalam permainan atau perlumbaan-the last
(ludin tu lengit sokmo bila main tui.) sumbangan snakebite

Lonkoh:Lekang-crack
Cat didinding tu dah mula lonkoh sebab kena panas.

mencanok-canok/mencanak-canak. tak sure apa makna.
(tengok smash koi, mencanok-canok shuttlecock tu.) sumbangan snakebite

M

matnye: kenapa/why

(Matnye deme jalan terencut-encut teh) - sumbangan komen:hafiz

menyempe:menyibuk,menempek/busy-body

(Deme ni suka sangat menyempe keh.Ada mende nak la tu)


Moh: Jom,Ayuh(di percayai orghangptih tiru perkataan MOVE dari kita)
(Moh la kita jalan-jalan ke Kuantan)



N

O


P
pedo'oh : bohong, kelentong / lie
(
"mempedo'oh je rosmah ni, dia tu seniri banyak mana derma kat palastin?") sumbangan snakebite

pokpaleh : menunjukkan rasa teruja / excited feeling, surprise
(Bagus la restoran tu, pokpaleh sedap nye masakan dia)



Q

R
raban: pelik/panik-strange/panic
(Raban weh, keputusan SPM tak lama lagi.Lulus ke kome?)

rompong:kemek
(Laju betul budak india tu bawak kereta, silap-silap rompong kereta tu karangg)



S
sedey : senang-easy
(bapok sedey nye periksa semalam,kome jawab sekejap je)


seketeh: sedikit yang amat-too little
(Kedekut betul deme ni.Seketeh letaknya gula dalam kopi kome.Patut la pahit!)

sempelek = kotor / dirty (usually associate with mud)
sempelek betoi aok neh, pegi mandi deragh

senalo-selalu-all the time

(WanWe aok tu senalo lupe, nyanyuk doh agok nye) sumbangan heretic preacher

sokmo : selalu / always
(Deme ni kalau tengok citer hindustan sokmo menangis)

Posted on 6:36 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

lampu isyarat


Satu kajian dari sebuah Ngo Melayu NGOK dari Ipoh Perak
telah menemui bukti yang saheh bahawa lampu isyarat
dipersimpangan jalan adalah perancangan Free Mason.

Mengikut NGOK dari Ipoh ini kereta telah dipopularkan
oleh Orang Yahudi dan jalan jalan raya mula dibina
apabila kereta banyak muncul. Jalan raya juga ialah
perancangan kumpulan Free Mason.

Kumpulan inilah yang memulakan lampu isyarat
di jalan raya.

Tiga warga – hijau, jingga dan merah ini sengaja dipilih
kerana dari segi semiotik ianya mesej yang jelas.

Merah ialah tanda darah. Darah yang merah dari segi semiotik
bersabit dengan darah Nabi Isa. Kereta akan berhenti apabila
melihat merah. Ini tanda hormat kita kepada darah Nabi Isa.

Warna jingga - kekuningan – adalah warna asal dalam
Tempel Of Solomon. Pemandu juga akan berhenti dan
sebagai tanda hormat.

Apabila lampu warna hijau semua pemandu akan bergerak pergi
untuk meningalkan lampu hijau.

Hijau adalah tanda semiotik agama Islam.

Menurut pandangan NGOK Melayu dari Ipoh ini meninggalkan lampu
hijau sengaja direka untuk menggalakkan orang Melayu
meninggalkan agama mereka.

Mengikut NGOK telah sampai masanya agar umat Melayu
sedar akan hal ini. Ini lah caranya orang bukan Islam cuba
menghakiskan kepercyaan orang Melayu.

Telah sampai masanya lampu isyarat ini ditukar
warnanya.
Posted on 8:12 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »