saman oh saman

Setelah sekian lama kaedah saman ekor ini dipertikaikan oleh rakyat tetapi kerajaan BN masih melaksanakannya. Lebih mendukacitakan rakyat ialah belum ada Perdana Menteri yang sanggup mengambil tindakan “blakck list” ke atas rakyat kecuali Datuk Seri Najib. Malahan Tun Mahathir di mana di zamannyalah saman ekor diperkenalkan tetapi beliau sendiri tidak menngambil tindakan blacklist. Apakah kerana kerajaan pimpinan Najib benar-benar terdesak kerana menghadapi masalah kewangan yang kronik? Antara kelemahan saman ekor yang paling ketara kezalimannya ialah:

i. Saman dikeluarkan ke atas kenderaan bukan pemandu.

Keadaan ini boleh menyebabkan terjadinya penganiayaan. Kita sedia maklum banyak kenderaan di atas jalan yang dipandu bukan oleh pemiliknya. Contohnya suami memandu kereta milik isteri, anak memandu kereta ayahnya, adik memandu kereta kakak dan juga kawan memandu kereta kawan. Kita ada terbaca bagaimana seorang ibu terpaksa bergadai bergolok untuk menyelesaikan saman anaknya bernilai ribuan ringgit yang memandu keretanya. dan kesannya kepada anaknya. tiada apa-apa kerana yang menyelesaikan saman ialah ibunya. Malahan dalam keadaan sekarang di mana pembiayaan pinjaman kereta sehingga 9 tahun, ramai yang menjual kereta melalui kaedah “sambung bayar” kerana bagi mengelakkan kerugian susut nilai. Bagaimana pula dengan kereta yang menggunakan plat kenderaan palsu. Saya ada seorang kawan yang sengaja membuang 1 nombor pendaftaran keretanya bagi mengelakkan saman ekor. Dan terbukti setelah lebih 10 tahun dia memandu “kaedah”nya memang berkesan.

ii. Saman disampaikan secara postal bukan secara terus

Pemilik kenderaan yang mana kenderaannya melakukan kesalahan had laju akan menerima makluman melalui pos. Kelemahannya di sini ialah jarak tempoh yang lama dari tarikh kesalahan kenderaan di buat dengan tarikh penerimaan surat saman. Ada yang menerimanya 2 atau 3 bulan setelah kesalahan dibuat dan ada yang selepas hampir setahun. Malahan ada yang tidak terima sebarang makluman langsung. Ini menyukarkan pemilik kenderaan mengingati siapa yang memandu pada ketika kesalahan dibuat. Kaedah menamakan pemandu di keratan penghujung surat saman juga dilihat tidak praktikal kerana tarikh kejadian yang telah lama serta hanya akan menyebabkan pertengkaran sesama saudara atau dengan rakan.

iii. Jumlah saman yang dikenakan sama tanpa mengira had laju

Jumlah kompaun yang sama iaitu RM300 biasanya dikena tanpa mengira had laju yang di catatkan adalah amat tidak adil. Kalau kita lihat dalam undang-undang contohnya rasuah, denda yang dikenakan bebeza mengikut jumlah rasuah yang di ambil, begitu juga dalam pengedaran dadah. Justeru PDRM sewajarnya mengenakan jumlah saman yang bebeza bergantung pada had laju. Contohnya kereta yang dipandu melebihi had laju tetapi masih di bawah had laju kebangsaan iaitu 90km sejam dikenakan saman RM100. Seperti memandu 78km di kawasan had laju 60km. Mereka yang memandu melebihi 90km hingga 110km dikenakan saman RM200 dan yang memandu melebihi 110km barulah dikenakan kompaun maksimum RM300. Rasionalnya ialah mereka yang memandu di bawah 90km ini bukan dalam golongan “kaki racing”, mereka cuma kadang tidak terpandang papan tanda hadlaju atau jalan yang lengang ketika itu. Tetapi mereka yang memandu melebihi 110km sejam memanglah boleh di kategorikan sebagai “kaki racing” yang boleh menyebabkan kemalangan dan wajar dikenakan kompaun maksimum.

iv. ‘Blacklist’ hendaklah dibuat setiap tahun bukan setelah 10 tahun

PDRM dan JPJ sepatutnya menyenarai hitam pemandu yang enggan membayar saman ini setiap tahun bagi mengelakkan ianya tertunggak telalu lama yang mana akan menyukarkan pemandu untuk membayar jumlah yang terlalu banyak seperti yang berlaku sekarang. Walaupun kerajaan ada memberi insentif diskaun tetapi apabila jumlah yang terkumpul terlalu lama ianya pasti menjadi bebanan kepada rakyat untuk menjelaskannya dalam masa yang singkat. Bukan semua rakyat berkemampuan lebih-lebih lagi ketika ekonomi jatuh seperti sekarang. Kita tidak mahu natijahnya nanti lebih teruk di mana mereka akan mamandu kenderaan tanpa cukai jalan bagaimana nanti jika berlaku kemalangan? Dan lebih parah lagi ada yang maminjam along untuk menyelesaikan saman bagi memastikan mereka boleh memperbaharui cukai jalan.

Maka boleh kita simpulkan di sini kaedah penyelesaian yang terbaik ialah pihak PDRM perlu mengkaji mekanisma baru bagi perlaksanaan saman ekor ini. Antaranya ialah seperti yang pernah PDRM lakukan sekitar tahun 1990-an. Di mana pada ketika itu saman ekor di buat secara “tembak, tahan dan tulis saman” (3T). Kereta yang dipandu melebihi had laju akan dikesan oleh seorang anggota polis lalu akan ditahan selepas 1 atau 2 kilometer dari tempat kejadian oleh 2 atau 3 orang anggota polis lain serta saman terus di beri kepada pemandu. Ini secara langsung akan menyelesaikan semua masalah. Sekiranya PDRM menghadapi masalah kekurangan anggota mohonlah pertambahan anggota bukannya menjadi pak turut untuk melakukan kezaliman kepada rakyat.

Justeru saya amat-amat berharap kempen anti saman ekor (Kase) oleh PAS ini dapat terus diperjuangkan sehingga tercapai matlamatnya. LAWAN TERUS LAWAN! Kerajaan BN mesti diajar bahawa rata-rata rakyat faham akan rasionalnya penggunaan perangkap had laju, rakyat bersedia untuk membayar saman sekiranya perlaksanaannya teratur dan telus bukannya dengan cara menzalimi rakyat. Dan apa yang lebih jijik lagi ialah menjadikannya sumber pendapatan haram kerajaan.

Posted on 7:04 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Bayar Sekarang!!!!!!!!!!!!!! ( kenapa xde duit sangat dah ke orang atasan ini??? )



PUTRAJAYA 23 Feb. - Lebih 18 juta saman tertunggak dicatatkan oleh tiga agensi penguat kuasa kesalahan lalu lintas iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh 2000 hingga 2009.

Daripada sejumlah saman itu, 15.6 juta daripadanya merupakan saman polis, 1.8 juta saman DBKL dan kira-kira 606,800 lagi saman JPJ.

Ketua Pengarah JPJ, Solah Mat Hassan berkata, semua pesalah trafik yang menerima saman daripada JPJ dan polis mesti menyelesaikan saman mereka selewat-lewatnya 28 Februari ini atau nama mereka disenaraihitamkan.

Statistik menunjukkan hanya 113,447 saman polis dan 1,227 saman JPJ dijelaskan dalam tempoh 11 Februari hingga 17 Februari, walaupun pemandu terbabit berdepan risiko disenaraihitam.

Statistik turut menunjukkan bahawa hanya 35 saman DBKL dijelaskan dalam tempoh sama sekali gus menunjukkan sikap orang ramai yang selalu mengabaikan saman pihak berkuasa tempatan (PBT).

Posted on 6:39 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

sifat orang malaysia.... bukan kepunyaan kita..

Pesta kaut beras di lebuh raya


Gelagat orang ramai yang mengaut dan memunggah beras yang tumpah daripada sebuah treler yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tanjung Malim semalam.

KUALA KUBU BHARU - Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.

Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir.

Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah.

Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22.

Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah. Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing.

Posted on 7:16 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Bob Lokman



Bob Lokman adalah satu nama yang tidak asing di kalangan artis Malaysia. Beliau bukan sahaja terkenal dengan lakonan dan lawak, malah kejayaan beliau bermula dari seorang komposer yang terkenal pada era 80 an. Antara hasil karya lagu yang masih diminati ramai sehingga kini termasuklah lagu Isabella nyanyian Kumpulan Search.


Bob Lokman (gambar tengah) juga adalah bekas Juri rancangan realiti Raja Lawak 4. Beliau kini tidak lagi dilihat di kaca tv atau mana2 majlis yang berkaitan dengan dunia artis. Mungkin beliau masih lagi boleh berkecimpung dalam arena seni dengan pendekatan yang lebih sederhana namun beliau menolak untuk ke arah tersebut.


Terkini beliau telah menggemparkan dunia artis dan politik Malaysia apabila beliau mengambil keputusan menyertai PAS. Takbir...


Pesanan Bob Lokman kepada rakyat Malaysia - Salam semua. semalam 16 Rabiu'ul awal/19 feb, saya telah menyerahkan borang permohonan utk menjadi ahli PAS. InsyaALLAH kalau diterima saya akan menjadi ahli kawasan Subang. Sebagai pengetahuan di sini, bukanlah saya bertujuan utk mencari populariti dan juga jawatan, melainkan hanyalah untuk mejalankan tanggungjawab saya kpd ISLAM sebagai hamba ALLAH yg pernah jauh tersesat dgn urusan dunia.

Kepada mereka yg mengalu-alukan, saya ucapkan terima kasih dan kpd yg merasa saya memilih jalan yg salah semoga kita sama-sama mendapatkan HIDAYAH & TAUFIQ dari ALLAH. saya hanya mencari KEIKHLASAN dalam KEBENARAN. Anda boleh layari blognya di sini.
Posted on 5:39 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Operasi Valentine: 80 didakwa, 61 di kaunseling - mkini



Dalam serbuan bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di hotel bajet seluruh negeri pada malam hari kekasih, seramai 81 kes dibawa di mahkamah, 61 orang diberi kaunseling dan 60 lagi diarahkan beredar.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam JAIS Nurhamizah Othman, tindakan itu sebahagian daripada operasi dua fasa bagi memerangi kemungkaran di Selangor.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



GADIS INI BAHASANYA BAHASA ARAB



nota :
nasib baik gadis arab ini di damshek
kalau di damansara sakit badan
gadis ini mesti boleh faham quran
ini bahasa ibunda dia
mesti lebih hebat bahasa arabnya dari pegawai jawi
kah kah kah

Posted on 7:35 PM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Pengasas Facebook makan bersila



MARK ZUCKERBERG makan bersila dekat pintu sebuah kedai di Palo Alto, California baru-baru ini.

PALO ALTO, California – Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg makan bersila dekat pintu sebuah kedai di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Zuckerberg yang berusia 26 tahun dan bilionair termuda dunia dengan anggaran kekayaan AS$16 bilion (RM48.81 bilion) memakai baju T, kasut sukan dan seluar jean Levi’s semasa dia makan makanan Mexico yang dibeli dari sebuah gerai di tepi jalan baru-baru ini.

Seorang pejalan kaki berkata, pengasas Facebook itu tidak dikawal oleh seorang pengawal keselamatan.

“Dia (Zuckerberg) berjalan di gerai itu, menunggu dalam barisan seperti orang lain dan membeli ayam, nasi dan kerepek tortilla dengan harga AS$4 (RM12.20) untuk makan dengan seorang rakan di satu laluan ke sebuah kedai,” katanya.

Pengasas Facebook itu kelihatan seperti seorang pelajar yang tidak berduit semasa dia berdiri dan makan bersila.

Zuckerberg menyewa sebuah rumah yang mempunyai tiga buah bilik di sini dekat dengan pejabatnya.

Dia tinggal bersama kekasihnya, Priscilla Chan, 26, yang merupakan pelajar jurusan perubatan.

Zuckerberg turut memandu sebuah kereta Honda berusia lima tahun walaupun dia merupakan antara orang yang paling kaya di dunia.

Dia mencipta Facebook di dalam bilik asramanya di Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 2004.

Namun, Zuckerberg tidak menamatkan pengajiannya di universiti tersebut dengan alasan untuk menumpukan perhatian ke atas Facebook.

Pengasas Facebook itu menjadi bilionair termuda semasa dia berumur 23 tahun. – Agensi

Posted on 3:07 PM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Rakyat Mesir!!!! Cayalahhh...

Ahmad Reza Pahlevi Raja Segala Raja Iran jatuh kerana jalan raya.

Marcos jatuh kerana jalan raya.

Suharto jatuh kerana jalan raya.

Park Chung Hee jatuh kerana jalan raya.

Emperor Bokassa jatuh kerana jalan raya.

Dan terakhir ini Hosni Mubarak jatuh kerana jalan raya.

Selepas ini siapa pula????.....






Posted on 3:00 PM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Revolusi Jalan Raya di Merlimau


Jika anda baru tiba di 'Persimpangan Merlimau' ini, anda belum lihat lagi tanda-tanda revolusi jalan raya di Merlimau.

Selepas 2 minit dari Bandar Merlimau menuju ke Muar anda sudah dapat melihat tanda-tanda revolusi jalanraya di Merlimau.

Semakin hampir anda, semakin jelas kelihatan papan tanda revolusi jalanraya di Merlimau.


Sebahagian lori-lori yang baru tiba untuk menyertai revolusi jalanraya di Merlimau.

Sekatan raya diadakan bagi mengawal revolusi jalanraya yang sedang berlangsung.

Beberapa 'kereta kebal' turut ada untuk mengawal revolusi jalan raya.

Kelihatan tentera-tentera sedang mengendalikan kereta kebal sepanjang revolusi jalanraya ini berlangsung.


Salah satu 'kereta kebal' tentera sedang memantau revolusi jalanraya.

Sebahagian kejayaan selepas berlakunya revolusi jalanraya di Merlimau.

Sebuah kereta kebal mengawal di hujung revolusi jalanraya Merlimau.


Sebahagian rakyat Merlimau menantikan kesan pembaharuan selepas revolusi jalanraya Merlimau.



Ps : Macam-macam ang pow akan datang ke merlimau...
Posted on 8:49 PM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

AL-FATIHAH


untuk zaharuddin abu kassim
simpati untuk kaum keluarga
anak dan isteri-isteri



ADUN KERDAU MENINGGAL, PRK KE-16 MENYUSUL -

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Zaharuddin Abu Kassim (gambar) disahkan meninggal dunia di hospital Temerloh, Pahang kira-kira pukul 6.30 petang tadi.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krau, Rodzuan Zaaba berkata, Allahyarham jatuh di bilik air di kediamannya di pekan Kerdau sebelum dikejarkan ke hospital sejurus selepas itu.

"Keadaan kesihatan Allahyarham sebelum ini memang kurang baik, berjalan pun perlu dipimpin.

"Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham jatuh dalam bilik air dirumahnya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.

Sebelum ini Allahyarham beberapa kali dilaporkan kritikal dan pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).
Posted on 7:11 PM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Maulidur Rasul vs Valentine antara 2 cinta : redha dan murka Allah

Sebelum saya mengupas lebih lanjut tajuk entri kali ini. Marilah kita bersama berselawat ke atas Rasulullah saw sebagai tanda menyintai Baginda Rasul. Batapa hakikat selawat ini banyak memberi kebaikan buat kita sebagai umat. Bukan hanya sekadar tanda cintanya kita pada Baginda Rasul. Tetapi lebih dari itu.



Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.”Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.”

Apakah masih lagi kita tidak mencintai kepada Rasulullah S.A.W.? Setelah malaikat malaikat sendiri berjanji sedemikian rupa…

Bulan Februari tahun ini mempunyai 2 tarikh berturutan dengan 2 event yang sangat kontradik. Satu menuju jalan syaitan, yang satu lagi menuju jalan Nabi SAW. Satu mengundang murka Allah, yang satu lagi mengundang redha Allah. Satu membawa ke neraka, yang satu lagi membawa ke syurga, dengan izin Allah.



Bagi umat Islam yang punya kefahaman jelas, mereka tidak sekali-kali menyambut Valentine Day. Bagi generasi muslim yang jauh dari agama, terutama remaja, Valentine Day memberi makna sangat besar kepada mereka. Hari itulah mereka menumpahkan kasih-sayang kepada boyfriend atau girlfriend mereka. Bukan setakat kasih-sayang, maruah, tubuh dan rasa malu juga melayang. Mereka menurut jejak langkah syaitan yang menyesatkan mereka di dunia, dan di akhirat dihumban ke dalam neraka kalau tidak bertaubat.

Memuji Rasulullah SAW dan lain-lain aktiviti. Ia sangat baik dengan memberikan alternatif bagi menentang arus jahiliyyah Valentine Day yang sangat merosakkan itu. Demikian juga, sebuah kerajaan yang bersih dan baik mesti mengambil langkah membendung gejala tidak sihat yang merosakkan anak muda muslim ini.



Maulidurrasul pula menjadi di antara peluang mukmin meneliti diri sendiri. Setakat mana mereka berikan masa, diri, harta mereka untuk Islam sebagaimana Nabi SAW telah memberikan seluruh hidupnya untuk Islam. Setakat mana kelahiran Baginda itu dapat menjadi motivasi menyuburkan semangat juang bagi menegakkan Islam seperti yang pernah ditegakkan oleh Baginda sepanjang 23 tahun bergelumang dengan dakwah dan perjuangan.

Maulidurrasul bukan sekadar kelahiran seorang manusia. Ia bukan sekadar barzanji, baca rawi dan marhaban. Ia bukan sekadar selawat dan tunjukrasa cintakan Nabi. Ia peringatan terhadap kelahiran junjungan besar yang mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya, dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat, dari kezaliman kepada keadilan, dari sistem jahiliyyah kepada sistem pemerintahan Islam. Apabila kesedaran sampai ke tahap itu, baharulah barzanji, baca rawi, marhaban, berselawat itu benar dengan ertikata sebenar.

Rasa cinta Nabi mesti disuburkan. Manakala menyubur rasa cinta melalui Ventine Day mesti dikuburkan. Kerajaan negeri di bawah PR boleh membantu untuk menyuburkan rasa cinta kepada Nabi dan mengelakkan cinta ternoda melalui Valentine Day.
Posted on 12:34 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Hari Valentine : Lokasi maksiat akan digempur bagi membendung gejala tidak bermoral


SHAH ALAM, 12 Feb – Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Marzuki Hussin berkata, pihaknya akan menjalankan operasi mencegah maksiat sempena sambutan Hari Valentine di seluruh Selangor dalam usaha membanteras serta membendung kegiatan maksiat yang semakin berleluasa hari ini.

“Kita akan mengarahkan pegawai penguat kuasa untuk turun padang dan meninjau kawasan-kawasan yang sering dijadikan lokasi maksiat bagi pasangan kekasih ini.

“Ini adalah salah satu usaha kita bagi membanteras perkara ini,” katanya dipetik daripada Sinar Harian.

Katanya, pihaknya akan memastikan operasi tersebut dapat berjalan dengan lancar.

“Walaupun anggota penguat kuasa berpengalaman dalam operasi seperti ini, kita mengharapkan operasi kali ini lebih lancar dan mencapai objektifnya,” katanya.

Sementara itu, Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor (DPPNS) meminta semua pihak supaya menghormati usaha Pas untuk menggerakkan operasi bagi membendung kegiatan tidak bermoral semasa sambutan Hari Valentine itu nanti.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzuan berkata, itu adalah antara usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi Islam, kehamilan luar perkahwinan, pembuangan bayi dan menjauhi budaya yang bercanggah dengan ajaran Islam.

“Aktiviti Hari Kekasih ini dirancang oleh pihak-pihak yang tidak mengambil kira adat dan agama masyarakat Islam di negara ini yang mana aktiviti itu merosakkan akhlak serta sosial masyarakat terutamanya muda-mudi Islam.

“Semua pihak perlu peka melihat keruntuhan akhlak dan moral yang semakin berleluasa hari ini,” katanya.

Katanya, DPPNS akan menggerakkan sukarelawan di seluruh kawasan di Selangor dalam membanteras kegiatan sosial pada hari tersebut.

“Kita anggarkan 50 tenaga sukarelawan di setiap daerah akan dikerahkan pada malam tersebut dan ia adalah salah satu usaha kita untuk kurangkan kadar gejala sosial di kalangan muda mudi ini.

“Oleh itu, kita minta semua pihak supaya bekerjasama dalam menangani perkara ini,” katanya.
Posted on 12:25 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

kena kencing


Najib berkata, "Atas semangat 1Malaysia, yang mana Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, saya telah meminta para pemegang konsesi mengkaji semula struktur tol bagi konsesi masing-masing sebagai langkah membantu kerajaan memakmurkan negara dan mengurangkan bebanan rakyat.

"Menyahut seruan kerajaan ini, dua orang ahli korporat yang juga pemegang saham terbesar sebuah syarikat konsesi tol telah tampil mengemukakan satu cadangan penstrukturan tol melalui perolehan aset-aset konsesi yang akan memberi impak yang besar kepada rakyat.

"Berdasarkan cadangan ini, saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa tiada kenaikan tol untuk lima tahun akan datang bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 yang dicadangkan bakal dimiliki oleh dua orang ahli korporat tersebut," kata beliau pada sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra.


Cukai GST=RM4.02 Setiap Bulan
Hoi!... korang perasan tak yang Najib dah KENCING korang... Yang dia umum tol tak naik tu untuk orang ulang-alik ke negeri Najib dan Pantai Timur jer!... Berapa ramai pengguna tol yang menggunakan perkhidmatan ke pantai timur berbanding lebuhraya PLUS, LDP, Kesas dan sewaktu dengannya. Apasal Najib tak umum sekali tiada juga kenaikan serta dikecualikan bayaran kepada pengguna jalanraya dari Labis ke Segamat.

Najib cuma bagi jaminan tak naikkan harga tol tapi korang dah terkena sebab mulai bulan ini, korang dah dikenakan cukai GST pada bil Astro dan lain-lain bil utilities. Padan muka korang yang setia tak bertempat pada dacing senget selaku pelopor Barang Naik.

Kalau 1 bulan kerajaan Najib berjaya kutip RM4.02 seorang, bayangkan jika pengguna Astro ada 1 juta orang. RM4.02 X 1 bulan X 1 juta pengguna = RM4.02 juta. Itu baru cukai bil Astro. Macam mana dengan bil-bil utilities yang lain serta barang-barang keperluan harian yang akan dikenakan GST nanti.

Itu hari kabinet Najib kata, GST tak akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Sekarang kan dah kena dengan bil Astro.

Lu orang pikirlah sendiri .......................
Posted on 5:06 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Gelombang Merah UMNO


PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (tiga kiri) memotong reben pada bunting sebagai gimik pelancaran Gelombang Merah: Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat di Dewan UMNO Negeri Kelantan, di Kota Bharu, 5 Feb. – Utusan/AIZZUL A.MAJID

Pemuda UMNO Kelantan lancar Gelombang Merah

05/02/2011 4:35pm
KOTA BAHARU 5 Feb. – UMNO Kelantan melancarkan kempen Gelombang Merah untuk mendekati dan mendapatkan kepercayaan kira-kira 400,000 pengundi muda di Kelantan untuk menyokong Barisan Nasional (BN).
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Gelombang Merah bertemakan “Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat” akan dilaksanakan Pergerakan Pemuda UMNO negeri melalui penganjuran ceramah, kursus, seminar dan gerak kerja.
Kempen itu antara lain berobjektif untuk menawan negeri itu daripada kepimpinan Pas yang telah memerintah Kelantan selama 21 tahun, pada pilihan raya umum akan datang, katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Gelombang Merah di sini hari ini.
“Golongan muda di Kelantan adalah lebih ramai jumlahnya daripada pengundi biasa, iaitu jumlah keseluruhan pengundi di negeri ialah 600,000 orang dan 400,000 daripada jumlah itu adalah golongan muda.
“Mereka merupakan golongan yang berpengaruh dalam menentukan kejayaan BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.
Katanya BN semakin mendapat tempat di hati rakyat Kelantan berdasarkan keputusan pada dua pilihan raya kecil iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada Julai 2009 dan DUN Galas pada November tahun lepas. – Bernama
………………………………………………………………………………..
http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2011/02/padedoh.jpg?w=300
Teringat pada Slogan Khairi pada PRU yang lalu ‘Pade Doh!’ 18 tahun
Rasanya ulasan dato Pa di atas lebih kurang je dg huraian Khairi pada masa itu…baca di bawah

SEBAR PEMBAHARUAN: Khairy bersama Pemuda Umno Kelantan melaungkan slogan Pade Doh! pada sidang media di Kuala Lumpur.Gambar di atas
Pemuda sasar golongan muda pulang mengundi: Khairy
KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) yakin golongan muda di Kelantan akan menolak kepemimpinan Pas yang selama ini gagal membawa sebarang kemajuan, walaupun selepas 18 tahun memerintah negeri itu.
Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, berkata ‘mood perubahan’ itu sedang melanda Kelantan, terutama di kalangan generasi muda, sekali gus menerbitkan keyakinan BN mampu merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.
Justeru, beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Umno berkata, Pemuda BN akan menggunakan dua strategi iaitu dengan menyediakan Bilik Gerakan ‘Pakat Kelik Ngundi’ (pakat balik mengundi) yang ditujukan kepada golongan muda Kelantan yang tinggal di luar Kelantan dan pengenalan slogan ‘Pade Doh!’ yang bermaksud cukup lah 18 tahun PAS memerintah negeri itu.
“Sudah cukuplah Pas memerintah, tiada perubahan pun yang dibawa. Cukuplah 18 tahun menabur janji kosong, rasuah, curi balak. Demi masa depan mereka (rakyat Kelantan), cuba buat perubahan sekali. “
Kita lihat apa yang kita (BN) boleh buat di Kelantan dan bandingkannya. Jangan 18 tahun pilih orang yang sama, pemimpin sama, Menteri Besar sama.
Ini satu gelombang besar yang akan melanda dan sampai ke rakyat Kelantan,” katanya pada sidang media di sini.
Beliau berkata, gerakan ‘Pakat Kelik Ngundi’ itu akan menggalakkan kira-kira 50,000 pengundi muda negeri itu berada di luar Kelantan, pulang mengundi pada hari pengundian kelak.
“Golongan muda ini mempunyai pengaruh, berpengetahuan tinggi dan akan bercerita kepada orang tua, saudara-mara dan pengundi lain, maka jika mereka ini mahu perubahan saya percaya pengundi lain akan turut serta,” katanya.
Beliau menjelaskan, bilik gerakan ditubuhkan di ibu kota kerana lebih 30,000 pengundi negeri berada di luar Kelantan, tinggal di Lembah Klang.
Justeru, penubuhan bilik gerakan di ibu pejabat Pemuda Umno di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, itu juga akan membantu mereka mendapatkan semua maklumat yang diperlukan dengan menghubungi talian 03-40439517 atau 012-7527775/0172631455.
Selain itu, Khairy berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan BN dan Pemuda Kelantan untuk memastikan bukan mereka saja yang balik mengundi, tetapi juga rakan dan keluarga masing-masing juga pulang ke Kelantan untuk mengundi.
“Ini penting kerana banyak kerusi yang dimenangi Pas pada Pilihan Raya Umum 2004 dengan majoriti kecil dan jika pengundi luar diberi tumpuan saya percaya Kelantan boleh ditawan pada tahun itu,” katanya.
Beliau berkata, semua kelemahan dan kekurangan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum 2004 akan diatasi untuk memastikan lebih ramai yang pulang ke Kelantan untuk mengundi.
Sementara itu, beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa bagi mewujudkan beberapa cadangan untuk golongan muda Kelantan yang khusus jika BN menang di negeri berkenaan.
“Ini merangkumi agama, sukan, sosial dan peluang ekonomi. Kita nak tumpukan cadangan khusus yang diperjuangkan Pemuda BN jika Kelantan kembali ditawan BN,” katanya.
……………………………………………………………………………….
Beberapa pekara yg Datuk Pa kena beri perhatian dan lakukan kalau benar2 nak dekati golongan muda di kelantan atau nak tawan kelantan dlm PRU dalam beberapa bulan lagi…
1..semasa perhimpunan besar-besaran menuntut Royalti minyak Kelantan dari Kerajaan pusat yang di buat di Stadium pada tahun lepas, hampir 50 peratus golongan muda turut serta memberi sokongan sambil mendengar ucapan pemimpin2 PAS dan amanat Tok Guru… Senang je !!apa yg Datuk Pa kena lakukan untuk mendekati dan mendapatkan kepercayaan kira-kira 400,000 pengundi muda di Kelantan ialah buat sesuatu supaya Royalti di beri kepada Kerajaan Negeri Kelantan.Sebab itu Hak Rakyat Kelantan..jangan dizalimi Rakyat Kelantan… kan mudah tu.
Posted on 4:55 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

lu fikir la sendiri



Nampaknya Umno bersungguh mahu jadikan Lim Guan Eng Islam. Tahniah Umno! kerana mendahului yang lain-lain (fitnah). Jika sebelum ini Umno begitu inginkan makan lembu sembelihan Lim kini Umno ingin Lim berketayap pula seperti orang Pas. Hairan pula kenapa Lim tidak bersongkok seperti Najib.

Ketika ini terdapat risalah yang diedarkan di Balik Pulau menunjukkan setiausaha agung DAP itu memakai ketayap. Lim menegaskan "Tiada seorang pun daripada kami yang memakai kopiah,"

Sebenarnya mereka ingin melihat kau Islam, Alhamdulillah!!



Posted on 4:30 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

valentine's day ( sambutan orang islam )


"Belumpun tiba 14 februari, sudah ramai dari kalangan umat yang mengaku islam sedang mempersiap sedia untuk menyambut hari kebesaran pendita kristian yang bernama St Valentine. Si ayah senyap senyap mencari hadiah untuk membuat kejutan kepada si ibu. Si anak sedang mencongak di tempat hiburan mana akan diadakan parti. Siaran tv yang pemimpin utama negaranya mengaku Islam sedang giat melakukan kempen. Dan seperti biasa, ulama ulama jahat masih lagi berdiam diri dan redha dengan kemusnahan umat.

Dalam kepercayaan kristian katolik, Valentine adalah seorang pendita suci,orang alim yang telah mati syahid mengikut kepercayaan agama mereka. Lalu ianya diberi gelaran Saint Valentine(santo atau santa). Kisahnya bermula pada tahun 270M ketika raja rome yang bernama Cladius melarang para askar perang dari berkahwin. Cladius percaya dengan melarang pemuda dari berkahwin akan menjadikan mereka kuat tenaga untuk berperang dan agresif.
Namun begitu dasar ini ditentang oleh dua orang pendeta yang bernama valentine dan marius. Mereka berdua secara senyap senyap menggalakkan pemuda perang berkahwin. Gerakan secara senyap ini merebak dan mendapat sambutan hebat sehingga akhirnya diketahui oleh raja cladius. Cladius memerintahkan valentine dan marius ditangkap lalu dipenjarakan sebelum dihukum mati.
Ketika di dalam penjara ada seorang gadis anak kepada warden penjara yang selalu menziarahi valentine. Kunjungan setiap hari gadis tersebut membuahkan rasa cinta yang mendalam. Hingga pada saat dihukum mati, valentine mengirimkan sepucuk surat dan sekuntum bunga kepada gadis tersebut.
Selepas kematian valentine para penganut katolik sepakat untuk menyambut hari kematiannya sebagai memperingati valentine yang sanggup mati dan masing akan menghadiahkan bunga kepada pasangan masing masing.
Alangkah malangnya, ramai umat Islam diseluruh dunia menyambut hari kebesaran kematian pendeta kristian. Perhatikanlah di negara kita Malaysia tercinta ini. Bahkan dikalangan pemimpin utama negara tanpa segan silu menyambutnya.
Seperti biasa juga, orang yang menggalas tanggungjawab utama untuk memelihara iman umat Islam, iaitu ulama, masih berdiam diri kerana sibuk membuncitkan perutnya. Mereka hanya sekadar berkata "haram menyambutnya" tetapi langkah langkah yang agresif, tegas dan proaktif tidak pernah keluar dari inisiatif mereka sendiri.
Cuba kita selidik, berapa kalikah orang yang menggelarkan diri mereka ulama contohnya seperti harussani, atau uthman muhammady atau mat nor deris atau sesiapa saja yang mengaku berjawatan agama, turun padang mencegah perkara ini dari berlanjutan menjerumuskan umat islam kelemahan kekafiran.
Tidakkan dihati mereka ini merasa sedih melihat saban hari umat yang mengaku Islam, secara tidak disedari telahpun menganut kristian secara tidak rasmi? Apakah perkara perkara seperti ini masih dapat memberi satu ruang kepada ulama dapat tidur lena? Jika mereka masih dapat makan minum, tidur lena dan bersenang lenang dengan anak isteri mereka, sedangkan umat dibiarkan menuju jurang kemusnahan, lalu di manakah sifat amanah mereka sebagai pelaksana pewaris nabi?
Kenapa mereka masih suka membiarkan umat ini berada di dalam kejahilan? Apakah tugas ulama hanya sebagai pembaca doa di majlis rasmi? Atau sebagai ahli panel di forum forum? Atau pemerhati di dalam dewan? Atau tugas mereka hanya berkata, "tidak baik memutuskan silaturrahim sesama umat islam", atau "islam sentiasa bersangka baik terhadap saudaranya"?, kata kata yang jelas dapat menyelamatkan gaji mereka dan memelihara mereka untuk menjadi penjilat pemerintah.
Ingatlah wahai para ulama sekelian, ciri ciri seorang ulama adalah memiliki rasa takut, taqwa dan tunduk gerun kepada Allah s.w.t. Ulama adalah seseorang yang mempunya pengetahuan ayat ayat Allah s.w.t baik yang bersifat kauniyyah (gejala alam semesta dan alam sekeliling) ataupun qur'aniyyah (bersangkutan dengan al quran).
Wahai para ulama, ingatlah peristiwa tatkala malaikat jibrail menjemput junjungan Rasulullah s.a.w untuk kembali kepada kekasihnya Allah s.w.t, pada saat saat nafas baginda hampir habis baginda menyebut, " Umatku, umatku, umatku".
Umatku, umatku, umatku, tidakkah perkataan ini memberi apa apa bekas dihati kamu wahai para ulama sekalian? Tidak terdetikkah rasa sedih dan hiba dihati kamu melihat keadaan umat sekarang? Tidakkah timbul rasa penyesalan yang mendalam dihati kamu, bahawa amanah yang diberikan kepada kamu sebagai pewaris Nabi telah gagal kamu laksanakan? Tidakkah merasa gerun dihati kamu bahawa kamu bakal gagal menjawab soalan di padang mahsyar nanti? Ingatlah hari yang di mana segala harta benda, pangkat, gaji, jawatan dan kebanggaan bangsa tidak akan memberi guna lagi.
Hulurkanlah tangan kamu sekarang untuk menyelamat umat yang sedang berada digelinciran lurah yang dalam. Selamatkanlah mereka. Pimpinlah mereka. Kerana itu memang tugas kamu didatangkan ke dunia ini; memikul amanah Allah sebagai pewaris Nabi dengan penuh rasa kasihsayang.
Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 44:
"Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?"
Posted on 5:37 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Menggunakan RSS

Sume website skang wajib ada RSS.
Tapi ramai xtau ape menda la natang RSS tu.
RSS = Really Simple Syndication = Tukang bagitau latest news dalam website tu tanpa perlu pegi ke website tu. Skang ni aku akan ajar cecara nk view RSS dengan pantas, mudah dan macho.

Ini logo RSS

Ini logo RSS
Banyak cara nk tengok RSS, tp aku ajar guna Google Reader.

  1. Klik link kat sini : Google Reader
  2. Log in guna Gmail akaun. (kalu xda, siyesly buat skang, banyak benda bole dibuat dengan Gmail)
  3. Pastu, dia akan auto redirect ke Google Reader.
  4. Klik butang Add a subscriptions dan letak link RSS dalam tu.
    Contoh
    RSS NST : http://www.nst.com.my/rss/sec?section=national

  5. Pastu siap. Apabila NST ada update berita terbaru, dia akan automatik update kat RSS. So Google Reader pun akan generate RSS dan bgtau RSS tu blom dibaca.
  6. Try dulu then pahamkan ;D
Posted on 4:47 PM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »