minyak naik lagi
Kuala Lumpur, 6 Jan 2011 – Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.40 seliter, manakala RON95 pula naik 5 sen.
Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat secara terpencil di dada akhbar. Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak
berhari hari lamanya.
Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,”Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur.Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna”.
Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, “Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya mencapai azam saya iaitu hidup serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas.”
Pemuda yang mahu dikenali dengan nama Ajoi , 38, yang bekerja di syarikat komunikasi berkata, “Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Dengan ini saya dapat mengurangkan aktiviti merempit di sebelah malam. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup prihatin.”
Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Sumardi , 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, “Tak payah interview saya …. Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer..”
Wartawan kami juga sempat menemubual seorang gadis yang sedang berjalan kaki melintas stesyen minyak tentang pendapat beliau mengenai kenaikan harga minyak RON97. Gadis tersebut yang juga mahu namanya dirahsiakan, berkata “Bagus la bang minyak naik, nanti harga barangan lain pun naik, ikan naik harga, ayam pun naik harga, ni bawang merah pun dah naik harga. Jadi saya boleh berdiet bang. Bolehlah lepas ni saya pakai baju fesyen-fesyen, ehmm RON tu nickname nama Badron kan bang? Tentu dia hensem…”
Untuk melengkapkan artikel biar dapat panjang sikit space di akhbar kami, wartawan kami sempat juga menemubual seorang kanak-kanak lelaki yang sedang mengepam tayar basikalnya di stesyen minyak yang sama. “Minyak mana boleh naik bro… kan kalau pam minyak tu turun masuk dalam tangki kereta…”
Wartawan sempat juga menemubual pam attendan stesyen minyak tersebut, “minyak naik pun gaji sama juga encik..tak naik pun”