new facebook

Salam semua..kali ni nak kongsi pula tentang facebook dan bau-bau bacangnya.. setelah di google, rerupanya facebook tidak keseorangan, cuit-muit sedara mara bau-bau belacan facebook pun ada rupanya, jom kita berkenalan dengan mereka:


yang ni 4 sure korang dah lama kenal..aku percaya tiap-tiap korang semua ada akaun facebook kan?


yang ni pula Facebook versi Kelate, khusus untuk ore-ore kelate sahaja


Ini pula untuk komunity jus mate.. kalau korang nak join wajib kena beli jusmate satu kotak, baru dapat account free. Wah hebat betul Dr rozmey :)

Fakta : Nilai Facebook sekarang dah mencecah RM153 billion, lebih mahal dari nilai pesawat boeing termahal di dunia yang berharga purata USD $ 300 juta ++.. wow
Posted on 5:18 PM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

speed trap

Oh Speed Trap !!!!!

Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN (yang mana aku tau)
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

Posted on 12:09 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

rahsia YAHOO

huh.. betol2 ketinggalan zaman lah aku ni.. selama ni baru la aku tahu rahsia tentang simbol yahoo! tu.. selama search kat yahoo! dulu tak pernah terfikir pasal logo tu. Sekarang search kat google jew.. kenapa? ntah sukahati la kot.. hehe..

anda semua tahu ke ada apa dengan Yahoo!.. kalau dah tau bagus la, so tak payah la aku bagitahu… ok terima kasih.

owh.. sori ade jugak yang tak tau.. aku ingat aku sorang je. ok kay.. sape tak tau teruskan membaca ye.

langkah pertama ialah anda perlu naikkan level volume speaker anda.. bagi full je baru best!

lepas tu bukak Yahoo.com tak pun tekan je sini–> YAHOO!

dah bukak web yahoo! ? nanti anda nampak tak logo yahoo! tu.. nampak kan? (yang kat belah kiri atas)

ok sekarang tekan dekat tanda seru ( ! )

yahoo 300x70 Baru aku tahu rahsia Yahoo!

itulah rahsia dia yang selama ni aku tak tahu.. hehe..

Posted on 3:05 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

kantoi dengan camera canggih

Ini yang besnya bila ada kamera yang mempunyai resolusi yang tinggi.. Boleh nampak apa saja.. Tanpa sedar rupanya dah terambil gambar yang wow! Apa tu ek? Jom kita saksikan.. Pastikan anda sudah berumur 18 tahun kerana apa yang anda bakal lihat boleh mengejutkan anda..

Ini gambar yang asal, tak nampak apa kan..

gambar kantoi 1 Pasangan Yang Kantoi Dengan Kamera Resolusi Tinggi

Kita zoom sikit, apa yang akan kita lihat nanti

gambar kantoi 2 Pasangan Yang Kantoi Dengan Kamera Resolusi Tinggi

Kita tumpukan pada bahagian yang mencurigakan

gambar kantoi 3 Pasangan Yang Kantoi Dengan Kamera Resolusi Tinggi

Ouh! Suspek dah dikenalpasti, sudah mendapat sasaran yang tepat..

gambar kantoi 4 Pasangan Yang Kantoi Dengan Kamera Resolusi Tinggi

Masih tak nampak lagi, jom kita lihat lagi dekat..

gambar kantoi 5 Pasangan Yang Kantoi Dengan Kamera Resolusi Tinggi

Masih kabur disini, kena lihat lagi dekat nie..

gambar kantoi 6 Pasangan Yang Kantoi Dengan Kamera Resolusi Tinggi

Opss! Apa la dorang nie.. Nak buat projek carik port clear la..


Posted on 2:06 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

contoh surat rasmi


Posted on 12:46 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

duit syiling berpesta


TANPA menghirau keselamatan dan anggota polis, orang ramai mengambil kesempatan mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya.


SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.

'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.

Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.

Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.

Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.

Posted on 5:57 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Fasha Sandha Seksi Bikini Di Bali Sambut Tahun Baru

Berita dari KOSMO :

KUALA LUMPUR - Pelakon Fasha Sandha memulakan tahun 2011 dengan kontroversi apabila gambarnya memakai bikini ketika bercuti di Bali, Indonesia sempena sambutan tahun baru tersebar di Internet.
Sebanyak enam keping gambar percutiannya tersebar dengan empat daripadanya menampilkan Fasha hanya memakai bikini dengan menyarungkan pario berwarna hijau muda.
Difahamkan Fasha bercuti bersama beberapa rakan wanitanya di pulau peranginan tersohor itu sempena sambutan tahun baru selama beberapa hari.
Bagaimanapun, Fasha ketika dihubungi Kosmo! semalam enggan memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut dan hanya menjawab melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

165229 10150120899936885 739581884 8209537 5935529 n (Gambar) Fasha Sandha Seksi Bikini Di Bali Sambut Tahun Baru

165607 10150120900106885 739581884 8209544 3778367 n (Gambar) Fasha Sandha Seksi Bikini Di Bali Sambut Tahun Baru

165683 10150120900061885 739581884 8209541 7466310 n (Gambar) Fasha Sandha Seksi Bikini Di Bali Sambut Tahun Baru

166572 10150120899726885 739581884 8209531 674074 n (Gambar) Fasha Sandha Seksi Bikini Di Bali Sambut Tahun Baru

164496 10150120899441885 739581884 8209520 7114712 n (Gambar) Fasha Sandha Seksi Bikini Di Bali Sambut Tahun Baru

x2 41d4e1b (Gambar) Fasha Sandha Seksi Bikini Di Bali Sambut Tahun Baru

FacebookHomescreenImage (Gambar) Fasha Sandha Seksi Bikini Di Bali Sambut Tahun Baru

Kenyataan maaf dari beliau..

Salam utk peminat yang saya kasihi.Ya, memang benar ini gambar saya yg memakai bikini dan kain pario berwarna hijau. Dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon maaf kerana berpakain begini bersama 3 sahabat wanita di tepi pantai Tanjung Benua Bali pada 30 Dec lalu. Gambar ini telah tersebar luar dalam blog2 internet dan menjadi isu selepas sahabat saya Syazwani meletakkan di laman facebook miliknya.Saya amat kesal dengan perbuatan saya. Saya tidak sempurna dan tidak lepas dari melakukan kesilapan.Pls accept my apology.Thank You.


Posted on 5:54 AM by kundangcrew and filed under | 16 Comments »

kecoh facebook akan ditutup


GAMBAR laman web Facebook pada skrin sebuah komputer di Washington pada 9 November lalu.


PALO ALTO, California - Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: "Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak."

"Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya," kata @jjelksboss melalui Twitternya.

Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: "Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?"

Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti.

Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.

"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.

Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."


MARK ZUCKERBERG


"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.

Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.

"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.

Bagaimanapun, akhbar International Business Timesmelaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut.

Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham. - Agensi

Posted on 5:12 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »