MESYUARAT AGUNG 2009

Tarikh: 27 November 2009
Masa : 06.15 PM - 07.00 PM
Tempat : Rumah Kontan

Kehadiran:

1. Baharin b. Mohd Zin

2. Mohd Hairizam b. Mohamad

3. Zulkhari b. Omar Moktar

4. Zulkhairi b. Mohd Zin

5. Zulhilmi b. Zulkafli


Agenda:

Melantik ahli jawatakuasa baru 2010

sebulat suara menyokong pelantikan:

PENGERUSI : BAHARIN BIN MOHD ZIN

N. PENGERUSI : FIRDAUS

SETIAUSAHA : ZULHILMI BIN ZULKAFLI

BENDAHARI : MOHD HAIRIZAM BIN MOHAMAD

ICT / BLOG : ZULKHAIRI BIN OMAR MOKTAR / ZULKHAIRI BIN MOHD ZIN

LOGISTIK / PROGRAM : MOHD HAFIRUL IKMAL BIN MOHAMAD

MOBIL 1 : DARMIZAN BIN MOHD NOOR

MOBIL 2 : HAFIZI BIN MOHAMAD

AGAMA / KAUNSELING : MOHD NIZAM BIN ZAINAL


Agenda-agenda lain:

1. Cepatkan stiker sebelum raya cina ( up: aie n bain )

2. Buat baju cuti bula 6 ( up: kontan )

3. Bermula 01.01.2010 setiap ahli perlu membayar rm 10.00 sebulan. bank in kepada bank bendahari.


Sekian Terima Kasih
Posted on 6:26 PM by kundangcrew and filed under | 1 Comments »

4hb konvoi ke kelantan ( kawen kontan )

Peraturan dan Etika Berkonvoi

Konvoi berkereta di bahagikan kepada empat bahagian:
* Kereta Lead
* Marshall
* Sweeper
* Kereta Peserta
Kereta Lead
1. Lead Car harus lah menentukan had kelajuan sesebuah konvoi, dan harus sentiasa beringat tentang jarak dan bahawa ada kereta jauh di bahagian belakang sesebuah konvoi.
2. Kerap memerhati melalui cermin sisi memastikan bahawa semasa konvoi kereta tidak jarak terlalu jauh.
3. Jika menempuh terlalu banyak lampu isyarat, Ia patut berhenti di sesuatu tempat yang selamat dan tidak menggangu lalu lintas sementara menunggu untuk mengumpulkan konvoi semula.
4. Sentiasa memberikan isyarat jika menukar arah.
5. Memberitahu konvoi di mana akan berlepas dan berhenti atau konvoi disediakan dengan peta.
Sweeper
1. Sentiasa berhubung pandang dengan kereta Lead (Jika Perlu).
2. Menggunakan hubungan 2 hala (Walkie Talkie) untuk menghubungi Kereta Lead.
3. Jika Kereta Lead memberikan isyarat memotong kepada kereta lain. Biarkan kereta yg tidak dalam konvoi unutk memotong dalam keadaan selamat di samping tidak menganggu konvoi.
4. Hubungi kereta Lead jika kereta di belakang ingin bergerak laju dalam sesuatu keadaan kecemasan.
Marshall
1. Berada di tengah2 semasa konvoi.
2. Akan keluar dari konvoi (atau boleh berada di mana2 untuk memastikan konvoi dalam satu kumpulan.
3. Membantu konvoi berjalan lancar di suatu persimpangan.
4. Memastikan konvoi tersusun.
Kereta Peserta
1. Tidak di benarkan memotong kecuali jika ada kecemasan.
2. Memerhatikan kereta lead jika ingin memotong (gunakan isyarat)
3. menjarakkan antara kereta di depan dalam keadaan selamat dan selesa
4. Tidak membiarkan kereta di hadapan terkeluar dari susunan.
5. Flash kan lampu jika ada kecemasan.
1) Perkara Am Sebelum berkonvoi Buat pemeriksaan ke atas kereta anda spt memasti kan semua minyak cukup , tekanan tayar dan lain2 dalam keadaan baik. Datang ke tempat permulaan konvoi dan sentiasa dengar penerangan yang diberikan tentang perjalanan dan destinasi konvoi tersebut. Sentiasa bersedia untuk berlepas dengan minyak yang cukup di dalam tangki kereta anda. Jika anda ingin mengubah haluan ke tempat lain atau ingin mengakhiri konvoi dapat lah sekiranya memberitahu kereta Lead, Marshall atau petugas yang lain. Ini supaya tidak mengelirukan peserta yang lain yag mmungkin menyebabkan mereka akan mengikuti peserta yang tidak menyertai konvoi dalam sesuatu keadaan.
2) Menyalakan lampu semasa waktu siang nyalakan lampu kecil dan lampu fog anda. Semasa waktu malam nyalakan headlight dan fog light anda. Ini akan memberitahu kepada pengguna yang lain apa yang terjadi. Peserta lain dapat mengenali anda dengan menyalakan lampu serta tahu bahawa anda dalam konvoi yang sama.Ini memudahkan Jika salah seorang peserta konvoi dalam kecemasan ( memberhentikan/memperlahankan kereta maka anda dapat melihat dan mengesahkan itu ada lah salah seorang peserta konvoi dengan menggunakan cermin sisi.
3) Jangan mengekori di belakang kereta terlalu dekat Jangan mengikut kereta di hadapan terlalu dekat dan dengan kelajuan yang maksima. Ini amat lah merbahaya. Sentiasa pastikan anda di jarak yang selesa dan selamat.
4) Membenarkan kenderaan lain mencelah selalunya , Peserta di dalam konvoi tidak membenarkan kenderaan mencelah atau memasuki susunan konvoi. Walau bagaimana pun konvoi sebenarnya membenarkan kenderaan lain keluar masuk dari susunan konvoi. Kebiasaannya kenderaan bukan peserta suka mengugut , menakut nakutkan peserta di dalam konvoi atau inginkan keistimewaan mungkin kerana pandangan pemandu yang tidak jelas dan ingin kan jalan yang tiada gangguan. Peserta konvoi haruslah mempunyai sikap sabar dan timbang rasa untuk membiarkan mereka memotong, melepasi konvoi kita dalam sesuatu keadaan yang sukar. Seharusnya dengan begitu konvoi kita teratur dan tidak mendatang kan emosi sekaligus dapat mengelakkan kejadian yang tak diingini.
5) Kereta Lead sentiasa bertanggungjawab memastikan kelajuan. Ia adalah amat sukar tetapi amat mudah untuk membiarkan peserta memecut kelajuan dengan sesuka hati. Ini kerana di dalam konvoi ada berbagai sikap pemandu dan jkemampuan kereta peserta. Tidak di nafikan akan adanya yang berkata konvoi terlalu laju atau terlalu perlahan. Cuba pastikan kereta anda masih di dalam susunn konvoi tanpa mengganggu lalulintas yang lain. Ini dapat mengurangkan atau tidak ada potong memotong antara satu sama lain semasa berkonvoi. Ini adalah sikap peserta sendiri bertanggungjawab memastikan kereta di belakang , di sisi berada dalam susunan.Jika kereta di belakang perlahan. Pasti kan peserta tidak meninggalkan kereta terlalu jauh ( perlahan kan juga kenderaan anda). Maka konvoi tidak akan terputus. Jangan memecut laju dan meninggalkanSusunan konvoi untuk keselesaan memecut atau cuba mengikuti, mencabar kenderaan lain yang cuba mengganggu konvoi. Adalah lebih baik membiarkan kenderaan itu berlalu dan anda kembali kepada susunan konvoi.
6) Berlaku kecemasan atau masalah. Jika ada berlaku masalah atau kecemasan, tiada sesiapa peserta konvoi berhenti melainkan kereta SWEEPER sahaja. Sweeper akan memastikan keadaan terkawal dan konvoi haruslah meneruskan perjalanan sehingga suatu tempat yang dibenarkan berhenti dan selamat. Ini kerana satu susunan konvoi jika berhenti juga untuk memberikan pertolongan ( atas sikap ingin menolong) mudah mengundang kemalangan terutama di jalan yang sibuk.
7) Tenang kadangkala tidak semua seperti yang dirancangkan akan sukses. Kebiasaannya peserta di dalam konvoi mengharapkan atau menjangkakan sesuatu yang baik dan menggembirakan untuk agenda2 yang dirancang apabila sampai ke destinasi. Adalah amat penting untuk peserta dalam keadaan sabar , tenang, selesa dan sedia menghadapi kemungkinan seperti perjalanan menjadi lambat kerana kesesakan lalulintas dan tergelincir dari jadual sebenar.
8) Keluar / masuk Lebuhraya ada yang menggunakan Touch N Go , Tag dan tunai. Walau apa cara sekalipun anda membayar sentiasalah memperlahankan kenderaan anda dan berhenti di belakang kereta Lead di tepi dan menhidupkan lampu hazard (double signal). Jangan keluar daripada kereta. Tunggu sehingga semua berada di susunan semula (SWEEPER akan memastikan susunan ini) . Matikan double signal dan berikan signal perlahan lahan masuk ke lane perlahan unutk meneruskan perjalanan.
9) Memotong adalah dibenarkan pada keadaan yang selamat dan tidak melanggar undang2 jalanraya. Jangan memotong pada garisan berkembar atau tidak pasti keadaan jalan dari arah bertentangan. Dalam sesuatu konvoi jika peserta atau kenderaan bukan peserta ingin memotong, biarkan ia memotong dan anda jangan terlalu rapat dengan kereta hadapan dan menyebabkan kereta yang memotong anda dalam keadaan yang bahaya.
Posted on 9:44 PM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

sikap penyokong kelantan

Knp sikap penyokong kelantan mcm tu...
aku bkn anti penyokong2 kelantan nih tp bla tgok ape yg jd td tu mmg xpatut..
kuar stadium awal...
pastu bakar mercun sana sini, bakar kain rentang
bunyik berdentam dentum mercun...
baling object toksah ckp la..bersepah kat trek....
yg terkini , kerusi stadium pulak dibakar!! dan dilaporkan seorang wartawan RTM dikejarkan ke hospital apabila kepala terpksa dijahit akibat terkena objek keras..tp bkn smua la,ada gak yg ok..tp sebab segelintir yg buat perangai cam taik nih..habis semua kna cop..kpd penyokong2 kelantan aku harap klu sezen depan dpt masuk fainal lg..cuba la jd matang skit..sb aku rasa fans2 kelatan nih mmg menghangatkan game sezen nih stadium sentiasa penuh kagum giler aku..tp tu la,cam aku ckp td cuba la matang skit...
Posted on 7:08 PM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

kalah hahahahaha...


TIGA suku stadium dipenuhi penyokong Kelantan. Hanya di penjuru kanan saja diisi penyokong ‘kuning’ dari Negeri Sembilan pada saingan final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Shahurain, Hairudin, Zaquan Adha meledak untuk 'Rusa', Indra Putra gegar buat 'Kijang'

PERANG psikologi sebelum sepak mula final Piala Malaysia, malam tadi jelas milik Kelantan yang mencipta 'lautan merah' apabila ribuan penyokong 'The Red Warriors' hampir menguasai segenap pelusuk Stadium Nasional di Bukit Jalil.

Kehadiran penyokong itu yang merentang kain dan sepanduk dengan kata-kata buat mengapikan semangat pemain negeri sebelum menentang Negeri Sembilan mencetus senario penuh berwarna di gelanggang kira-kira empat jam sebelum saingan memburu mahkota kejuaraan itu dimulakan.


Antara kain rentang yang terserlah adalah laungan semangat ‘Gomo Klate Gomo’, ‘40 tahun menanti Piala Malaysia milik kami’, ‘The Red Warriors... History in the Making’.

Turut kelihatan, ‘Piala Malaysia Hok Kito, ‘Kito anak Kelate, ‘Wira Merah, Tanah ‘Merah’, ‘Mari puok kito, pakat sokong.’

Dentuman mercun dibunyikan acap kali kedengaran juga menyumbang kepada kemeriahan serta menggamatkan suasana di dalam stadium.

PEMAIN Negeri Sembilan meraikan kejayaan mereka muncul juara Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa turut dihargai atas kejayaannya membawa Kelantan ke final Piala Malaysia pertama dalam 39 tahun dengan kain rentang ‘Terima Kasih dan Syabas Tan Sri Presiden Kafa...Jasamu Dikenang’.

Nasihat untuk tidak membawa bendera parti politik ke dalam stadium tidak diendahkan apabila bendera parti kerajaan Kelantan diusung mengelilingi Lautan Merah.

Sementara itu sikap ghairah untuk meraikan penampilan final Piala Malaysia pertama selepas 39 tahun menyaksikan ribuan penyokong Kelantan menyerbu masuk ke stadium sebaik pintu masuk dibuka, petang semalam.

Sebaik pintu merah dibuka pada 4.51 petang, penyokong Kelantan yang mengatasi penyokong Negeri Sembilan dengan nisbah 4:1 berasak-asak memasuki stadium umpama tsunami merah.

REAKSI pemain Negeri Sembilan, Hairudin Omar selepas meledak gol kedua ketika menentang Kelantan, malam tadi.

Empat pegawai polis yang mengawal pintu pagar itu jelas tidak dapat membendung lagi lautan merah itu sehinggakan pintu pagar hampir dilihat remuk dek tahap kegilaan yang sudah lama tidak disaksikan dalam bola sepak tanah air.

Posted on 7:05 PM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Elak terbeli kereta potong






PERMINTAAN yang tinggi mewujudkan lambakan kedai menjual kereta terpakai seperti yang selalu dilihat di tepi-tepi jalan raya. Bagi mereka yang mempunyai bajet terhad, kereta terpakai adalah pilihan terbaik.



Walaupun kereta terpakai lebih murah berbanding kereta baru, namun wujud kebimbangan di kalangan pembeli mengenai kualiti kereta yang ingin dimiliki.

Orang ramai bimbang jika kereta yang dibeli bakal bermasalah dari segi mekanikal dan teknikal seterusnya menyusahkan mereka di kemudian hari dan mungkin kerap perlu dihantar ke bengkel.

Di sini, beberapa panduan yang membolehkan anda dapat lebih yakin dan pandai membuat penilaian untuk membeli kereta terpakai.

Penurunan nilai sebuah kereta baru bermula pada saat anda membawanya keluar dari bilik pameran. Sebagai contoh, sebuah Proton Wira 1.5 baru yang bernilai RM47,476, harganya jatuh pada kadar 24 peratus dalam tahun yang pertama.

Ini bermakna anda kerugian RM11,476.00 dalam tempoh itu. Penurunan nilai kereta Proton Wira 1.5 pada tahun kedua hanya dalam lingkungan lima peratus saja atau antara RM2,000 hingga RM3,000.

Bermakna, lebih murah untuk membeli kereta yang berusia setahun. Tambahan pula, kereta berkenaan akan mengalami penurunan nilai yang jauh lebih kecil berbanding kereta baru.

Pertama sekali, pembeli harus berwaspada supaya tidak diperdaya peniaga yang melakukan pelbagai tipu helah untuk meraih keuntungan. Berwaspadalah supaya anda tidak terbeli kereta terpakai yang pernah terbabit dalam kemalangan atau lebih malang lagi kereta potong.

Pembeli perlu membuat tinjauan harga kereta terpakai yang ditawarkan mengikut modelnya.

Jika ada kereta yang ditawarkan terlalu murah daripada harga sepatutnya, anda perlu bersikap lebih berhati-hati kerana kereta terbabit mungkin ada banyak kecacatannya.

Jurujual kereta di Proton Edar Glenmarie, Mohd Iskandar Abdul Hamid, berkata pembeli harus memberi tumpuan kepada bahagian luaran dan dalaman kereta terbabit.

Beliau berkata, pembeli harus memeriksa bahagian luar kenderaan dengan melihat sama ada terdapat bayangan lekuk.

“Untuk melihat sama ada terdapat lekuk atau tidak, kereta perlu diletak di tempat terang. Jika terdapat lekuk, kita boleh tahu sama ada kereta itu pernah disimen atau tidak.

“Ini akan menunjukkan ia pernah terbabit dalam kemalangan. Berdiri di hujung belakang kereta dan perhatikan garisan dari hujung depan ke belakang,” katanya.

Beliau berkata, selain itu bagi memastikan kereta itu pernah terbabit dengan kemalangan atau tidak, pembeli dinasihatkan buka bonet, perhatikan warna asal kereta di bawah skru (biasanya bahagian bawah skru tidak dicat kerana skru tidak dibuka).

“Jika warna asalnya berbeza atau ada bahagian yang warnanya lebih kelam atau terang berbanding bahagian lain, kemungkinan besar kereta itu pernah terbabit dalam kemalangan,” katanya.

Selain itu, pembeli perlu memeriksa bahagian dalaman kereta terpakai sama ada ia pernah mengalami kemalangan teruk atau tidak.

Pembeli boleh mendapat jawapannya dengan duduk di tempat pemandu dan cuba goyangkan stereng atau selak pelapik bumbung. Perhatikan sekiranya ada sambungan atau tidak.

Kereta yang mengalami kemalangan teruk akan disambung di bahagian ini. Bagi mengenal pasti sama ada kenderaan itu bukan kereta potong, pembeli digalakkan selak permaidani lantai di belakang atau di bawah tempat duduk pemandu, perhatikan jika ada sambungan.

Ciri terpenting kenderaan iaitu enjin, perlu diberi perhatian teliti. Antara cara untuk menguji enjin adalah memandu ujinya. Hidupkan enjin dan perhatikan asap yang keluar.

Bawa kereta dengan tanpa membuka radio dan dengar sama ada terdapat bunyi-bunyi pelik datang dari mana-mana bahagian kereta.

Periksa sama ada semua tingkap dan kunci pintu berfungsi dengan baik.

Minta mekanik periksa bawah kereta untuk melihat sama ada minyak bocor, kotak gear bocor, ekzos bocor, sistem suspensi bocor dan keadaan badan kereta berkarat atau badan kereta adalah kereta potong.

Keadaan enjin juga boleh diperiksa dengan merasa menggunakan jari sama ada minyak hitam berketul, berpasir, bercampur air, masih melekit tapi warna terlalu hitam.

Semua itu menandakan enjin tidak bersih. Kalau bercampur dengan air, batalkan niat untuk beli kereta itu kerana mungkin satu gasket dalam enjin sudah bocor.

Pembeli juga boleh menguji pemanduan dengan memandu kereta pada jalan yang lurus, lepaskan stereng dan kereta mesti bergerak lurus bukan menghala ke kiri atau kanan saja.

Kalau ia ke kiri atau ke kanan, ini mesti ada masalah pada sistem stereng.

Panduan terakhir adalah dapatkan nombor casis, nombor enjin, jenis enjin, tahun dibuat dan jenis kenderaan.

Semua maklumat itu boleh didapati daripada geran kereta. Periksa sama ada sama atau tidak seperti yang tercatat di atas geran kereta. Bawa semua maklumat itu ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan balai polis trafik terdekat dan periksa sama ada kereta berkenaan selamat digunakan ataupun tidak.

TIP Pastikan kenderaan tak pernah kemalangan

- Tinjau harga kereta terpakai yang ditawarkan mengikut modelnya. Jika ada yang ditawarkan terlalu murah, anda perlu lebih berhati-hati kerana mungkin banyak kecacatannya.

- Periksa bahagian luar kereta dengan melihat sama ada terdapat bayangan lekuk. Jika berlekuk, kereta itu pernah disimen yang menunjukkan ia pernah terbabit dalam kemalangan.

- Berdiri di hujung belakang kereta dan perhatikan dari hujung depan ke belakang. Ia sepatutnya lurus.

- Buka bonet, perhatikan warna asal kereta di bawah skru (biasanya bahagian bawah skru tidak dicat kerana skru tidak dibuka). Jika warna asal berbeza atau ada bahagian yang warnanya lebih kelam atau terang berbanding bahagian lain, kemungkinan besar kereta itu pernah terbabit dalam kemalangan.

- Periksa bahagian dalaman kereta terpakai sama ada ia pernah mengalami kemalangan teruk atau tidak. Goyangkan stereng atau selak pelapik bumbung. Perhatikan sekiranya ada sambungan atau tidak.

- Selak permaidani lantai di belakang atau di bawah tempat duduk pemandu. Perhatikan jika ada sambungan.

- Pandu uji kereta. Bawa kereta dengan tanpa membuka radio dan dengar sama ada terdapat bunyi pelik datang dari mana-mana bahagian kereta.

- Periksa sama ada semua tingkap dan kunci pintu berfungsi dengan baik.

- Dapatkan nombor casis, nombor enjin, jenis enjin, tahun dibuat dan jenis kenderaan.


*berhati-hatilah semasa membeli kereta
Posted on 9:18 PM by kundangcrew and filed under | 2 Comments »