Inti pati Bajet 2010

* Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010

* Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.

* penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus

* pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661

* TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010

* Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat Matrade.

* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti msyarakat.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan.

* Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada penyedia prkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.

* Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualian cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

* Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun.

* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri.

* Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah Miti.

* Menyegerakan Pensijilan Halal oleh Jakim menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.

* Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.

* Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padi membabitkan 180,000 petani.

* Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut.

* Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran benih ikan dan ikan hiasan.

* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang.

* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.

* Konsortium Felda, Felcra dan Risda akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta.

* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka.

* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.

* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.

* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp, dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bakinya untuk penjenaman dan promosi.

* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari.

* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk Tekun dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.

* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang.

* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.

* Konsortium Felda, Felcra dan Risda akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta.

* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka.

* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.

* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.

* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bankinya untuk penjenaman dan promosi.

* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari.

* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk TEKUN dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.

* Memperkenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010.

* Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan.

* Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan.

* Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan remisier dengan membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011.

* Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan dan kewangan korporat.

* Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran saham menyediakan opsyen e-pembayaran.

* Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.

* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam.

* Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank dariapda operasi luar negara.

* Potongan berganda perbelanjaan yang ditanggung untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan antarabangsa.

* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penubuhan syarikat-syarikat pembrokeran Islam.

* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penerbitan sekuriti.

* Kerajaan akan menggalakkan semua institusi perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah seperti Bank Muamalat dan Bank Islam untuk menawarkan skim Ar-Rahnu.

* Kerajaan akan memastikan koridor pembangunan serantau dimajukan mengikut jadual. Setakat ini 126 daripada 195 projek perancangan di pelbagai peringkat pelaksanaan. Pelaburan yang dirancang berjumlah RM221 bilion sudah mengatasi sasaran perbelanjaan Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM145 bilion.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM3.5 bilion untuk kemudahan asas dan infrastruktur serta program latihan dan projek sosio ekonomi untuk menyokong pelaksaan projek sektor swasta.

* Kerajaan kini dalam peringkat awal menyiapkan kajian pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Kadar itu akan dikurangan berbanding cukai perkhidmatan dan jualan semasa.

* Cukai pendapatan bagi 2010 berdasarkan pendapatan yang diperoleh mulai 2009 akan dibenar dibayar secara ansuran dalam lima tahun.

* Cukai lima peratus akan dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah mulai 1 Jan, 2010.

* Cukai perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Januari, 2010.

* RM100,000 dikenakan untuk setiap AP untuk pemegang kad AP terbuka berkuatkuasa 1 Januari, 2010. Sebahagian daripada kutipan akan disalurkan kepada dana pembangunan Bumiputera dalam sektor automatif.

* Akan memperkenal skim insurans asas dan takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010.

* Akan memperluas liputan insurans mikro dan takaful untuk peniagaan kecil mendapat manfaat daripada perlindungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

* Pasaran saham diliberalisasikan untuk kecekapan.

* Membenarkan penyertaan ekuiti asing 100 peratus dalam kewangan korporat dan perancangan kewangan.

* Semua syarikat senarai awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat broker saham menyediakan opsyen e-pembayaran.

* Insentif cukai semasa untuk majukan perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.

* Pengecualian duti setem 20 preatus ke atas instrumen kewangan Islam.

* Pengecualian cukai ke atas keuntungan perbankan yang diperoleh menerusi operasi luar negara.

* Mulai 1 Januari 2010, kerajaan bersetuju membenarkan agensi kerajaan mengekalkan 50 peratus sewa yang diterima manakala baki 50 peratus lagi dimasukkan dalam perolehan kerajaan.

* Kerajaan akan laksana sistem pengurusan subsidi bahan api pada awal 2010.

* Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan kepada 26 peratus daripada 27 peratus berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010.

* Kadar cukai maksimum koperasi akan dikurangkan kepada 26 peratus manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin akan dikurangkan kepada 26 peratus.

* Pengecualaian cukan persendirian akan dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010.

* Kerajaan mencadangkan cukai pendapatan bagi pendapatan pekerja Malaysia dan pekerja asing yang menetap dan bekerja di Iskandar Malaysia sebanyak 15 peratus berbanding maksium 26 peratus untuk seluruh negara.

* RM14.8 bilion diperuntuk untuk mengurus, membangun dan menaik taraf hospital dan klinik.

* Kerajaan akan terbitkan Sukuk 1Malaysia bernilai RM3 bilion.

* Kerajaan akan mewujudkan Skim Persaraan 1Malaysia yang diurus oleh KWSP.
Posted on 5:41 PM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Stiker Kereta

Assalamulaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia. Berjumpa kembali kita di ruangan yang seharusnya saya inginkan seluruh ahli bertukar-tuker idea dan pendapat. Dan kali ingin saya ingin memberikan idea sedikit iaitu apa kita membuat stiker kereta dan motosikal..kalau tidak yang besar..kita buat stiker untuk ahlinya pun dah cukup..ataupun boleh ditampal pada bahagian badan kenderaan. Saya harap cadangan ini dapat seluruh ahli memberikan jawapannya dan jika memuaskan mungkin akan kita membuat 2nd edition lagi baju yang mungkin jenis nilon n berjahit logonya. Oklah sampai disini sahaja dari saya. Diharapkan orang yang berkhemah itu, berkhemahlah baik2.Orang yang membaiki komputer itu dapat baiki dengan baik..
Posted on 5:28 PM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

melayu

Pribumi Malaysia, terutamanya orang Melayu, sedang dilanda dilema politik dan ekonomi. Hakikat ini tidak boleh dinafikan. Faktor-faktor penyebabnya berada di depan mata. Kesannya sedang kita rasakan. Implikasinya semakin mencabar. Kalau gagal ditangani, dilema ini boleh menyebabkan nasi menjadi bubur, orang Melayu rugi besar, ayam di kepok mati kelaparan, itik di air mati kehausan, Tanah Melayu mungkin menjadi milik orang.

Contohnya, satu: kuasa Melayu dalam pemerintahan Malaysia kini semakin hari kelihatan seolah-olah kian terhakis. Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada tahun 2008 adalah manifestasinya.

Dua: baru-baru ini, UMNO dilanda krisis kredibiliti dan dicemari amalan rasuah politik yang serius. Tindakan disiplin kepada beberapa calon jawatan utama UMNO dalam pemilihan parti berkenaan pada Mac 2009 yang lalu adalah buktinya.

Tiga: pada hujung tahun lalu, wibawa UMNO selaku teras kepada Barisan Nasional (BN) dipersendakan oleh beberapa parti komponen BN sendiri. Kontroversi mengenai ketuanan Melayu dan asal-usul Melayu yang dicetuskan oleh MCA dan Gerakan pada Disember 2008 adalah bukti fenomena ini.

Empat: parti-parti Melayu alternatif, khususnya Pas, juga dalam keadaan yang dipertikaikan. Sikap, gelagat, kenyataan serta tindakan sesetengah pemimpin serta penyokong Pas baru-baru ini menjadikan persepsi ini lebih berasas.

Lima: Parti Keadilan Rakyat (PKR) selaku parti pelbagai etnik yang majoriti pemimpinnya adalah Melayu, kini seakan-akan mempertaruhkan nasib dan masa depan bangsa Melayu kepada segolongan pemimpin politik bukan Melayu, semata-mata kerana pemimpin besar parti berkenaan dikatakan terlalu ghairah untuk berkuasa. Krisis moral pemimpin tertentu dalam PKR kini menjadikan parti itu lebih gawat.

Enam: hak-hak serta keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dalam perdagangan, perniagaan dan pendidikan, kebelakangan ini diungkit-ungkit oleh segolongan bukan Melayu. Desakan terhadap kuota biasiswa pelajar Melayu dan Bumiputera, serta kritikan mereka terhadap kuota 30 peratus dalam ekonomi negara yang dikhaskan kepada orang Melayu dan Bumiputera adalah contoh mengenainya.

Inilah dilema pribumi, khususnya orang Melayu di abad ke-21. Dilema ini perlu segera diatasi oleh semua orang Melayu, professional Melayu, cendekiawan Melayu, parti politik Melayu dan seluruh pemimpin Melayu melangkaui batas-batas kelompok serta ideologi.

Takrif dilema

Menurut Kamus Besar Utusan Melayu, dilema maksudnya masalah yang menyebabkan manusia jadi serba salah, sulit, sukar dan bingung. Ikut tafsiran Kamus Dewan Bahasa, dilema ertinya keadaan yang menyebabkan manusia terpaksa membuat pilihan antara dua tindakan, tetapi kedua-duanya tidak menyenangkan atau tidak menguntungkan. Kamus Besar Indonesia menyatakan, dilema adalah situasi sulit, membingungkan dan tidak menyenangkan.

Menurut pepatah, bidalan atau peribahasa Melayu, dilema adalah keadaan di mana yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran; ditelan mati emak, diluah mati bapak; ayam ditambat disambar helang, padi ditanam tumbuhnya lalang. Pendek kata, dilema adalah keadaan yang merunsingkan, membimbangkan, membingungkan, merugikan, dan membahayakan umat manusia.

Definisi Melayu

Orang Melayu adalah pribumi Malaysia yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu (Perlembagaan Persekutuan Artikel 160).

Orang Cina dan orang India yang kini jadi rakyat Malaysia, asal usulnya adalah daripada tanah besar China dan India. Nenek moyang mereka dibawa masuk ke Tanah Melayu secara besar-besaran oleh penjajah British mulai tahun 1871.

Inilah bezanya orang Melayu dengan keturunan Cina dan India di negara ini. Orang Melayu adalah pribumi. Oleh sebab itulah 'Kepala Utama Negara' bagi Malaysia adalah orang Melayu, iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Perlembagaan Persekutuan Artikel 32).

Oleh sebab itu agama rasmi kita adalah Agama Islam (Perlembagaan Persekutuan Artikel 3). Oleh sebab itu bahasa kebangsaan Malaysia adalah Bahasa Melayu (Perlembagaan Persekutuan Artikel 152).

Oleh sebab itu juga, walaupun Perlembagaan Persekutuan Artikel 8 memaktubkan soal-soal equality kepada semua rakyat Malaysia, orang Melayu dan Bumiputera tetap menerima hak dan keistimewaan menerusi Artikel 153 dalam Perlembagaan yang sama.

Berdasarkan semua ini, orang Melayu dan Bumiputera mestilah pertahankan keistimewaan ini. Kita wajar bersuara dengan tegas, kita adalah pribumi Malaysia. Patah sayap bertongkatkan paruh, negara mesti kita pertahankan pada setiap masa.

Dilema Politik

Kita semua arif mengenai politik. Mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri di bawah pokok adalah politik. Kumpulan baju kuning menyerang puak baju merah di Thailand adalah politik. Karpal Singh membidas Anwar Ibrahim adalah politik. Ibrahim Ali dikecam orang Pas, pun politik. Kesemuanya adalah politik kerana politik adalah mengenai manusia dan kuasa.

Ramai sarjana Islam membicarakan soal politik. Pemikiran politik Islam moden boleh dibaca dalam buku-buku Jamaluddin al-Afghani, Mohammad Abduh, Muhammad Rasyid Rida, Hasan al-Banna, Sayyid Qutub, Muhammad Husein Heikal dan lain-lain.

Imam Al Bujairimi contohnya, menyatakan, politik atau siasah, adalah kaedah memperbaiki dan merencanakan urusan rakyat. Ibnul Qoyyim menyebutkan dua jenis politik. Satu: siasah shohihah atau politik yang benar. Dua: siasah fasidah atau politik yang salah.

Ibn Khaldun pula berpendapat, politik adalah kaedah penyusunan sesebuah bandar raya berasaskan etika dan kebijaksanaan supaya para penduduknya boleh mengikut satu jalan ke arah memelihara serta melindungi umat manusia seluruhnya.

Para sarjana Barat juga membicarakan politik. Adam Smith, Immanuel Kant, John Locke, Karl Marx, Max Weber, dan Thomas Hobbes, secara umumnya mentakrifkan politik sebagai seni kekuasaan.

Sarjana realis klasik seperti Machiavelli menyatakan, kuasa politik perlu dipertahankan secara berani dan bijaksana. Morgenthau selaku sarjana realis neo-klasik berpendapat, politik adalah perjuangan mengenai kuasa. Demi kuasa, matlamat boleh menghalalkan cara.

Kepada saya, politik adalah seni memperolehi kuasa secara berhemah, demokratik dan menurut lunas undang-undang. Setelah kuasa diperolehi, ia hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya, seadil-adilnya dan setegas-tegasnya demi kesejahteraan rakyat jelata.

Di Malaysia, kuasa yang diberikan oleh rakyat kepada pemimpin, mestilah pertama sekali digunakan untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Agama Islam, Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu, Bumiputera dan kesejahteraan lain- lain rakyat jelata.

Pendek kata, politik di Malaysia mestilah mengutamakan pencegahan apa jua tindakan dan keputusan yang boleh menghakis atau melenyapkan Islam sebagai Agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Raja-Raja Melayu sebagai payung rakyat, bangsa Melayu serta Bumiputera sebagai pribumi dan lain-lain etnik sebagai rakyat senegara.

Sejarah Bangsa Melayu

Dalam konteks perjuangan di atas, wujud dilema politik orang Melayu dan umat Islam Malaysia pada hari ini. Sebabnya, hari ini ada orang Melayu yang lupakan bangsanya, asal-usulnya dan kegemilangan sejarahnya.

Mereka lupa bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang besar dan bermaruah. Menurut Nik Azmi Nik Daud (2000), kebanyakan orang Melayu beranggapan bangsa Melayu adalah masih muda dan sejarah bangsa Melayu cuma bermula dengan tegaknya Kesultanan Melayu Melaka. Orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu telah wujud lebih lama daripada Kesultanan Melayu Melaka.

Menurut Nik Azmi, Kedah di utara Semenanjung, telah dirakam dalam sejarah China, sejak Dinasti Liang (502-557). Di Perak, para pengkaji sejarah mempunyai bukti wujudnya kerajaan-kerajaan purba sejak kurun ke-5 Masehi. Lebih 1,300 tahun dulu kerajaan Gangga Negara yang dipercayai di Beruas, Perak, telah tegak sebagai sebuah kerajaan besar.

Peta Tanah Melayu yang dilukis oleh Ptolemy pada kurun kedua, menunjukkan terdapat dua buah pelabuhan di pantai timur Semenanjung, iaitu Kole dan Perimoula. Kedua-duanya terletak di Terengganu. Batu Bersurat yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu menunjukkan seawal tahun 1303 Islam telah tiba di Terengganu.

Menurut Nik Azmi lagi, dalam eksiklopedia Ma Tuan-Lin ada dinyatakan mengenai suatu tempat bernama Ko-lo yang dikatakan mempunyai hubungan dengan China sejak zaman pemerintahan Dinasti Han (206 S.M-221 Masehi).

Kebanyakan sejarawan yakin, Ko-lo adalah Kelantan. Catatan-catatan China pada kurun ketujuh Masehi juga ada menyebut mengenai Ho-lan-tan dan Kou-lan-tan, iaitu Kelantan. Pendek kata, daripada sudut mana sekali pun, bangsa Melayu memang mempunyai sejarah yang amat panjang dan lama di Tanah Melayu.

Demikianlah hakikatnya sebelum Empayar Melayu Melaka wujud pada 1403. Sesudah kebangkitannya, Empayar Melayu Melaka pula disifatkan sebagai emporium perdagangan antarabangsa.

Menurut Asrul Zamani (2002), seorang penulis Portugis bernama Tom Peres menyatakan, Melaka adalah pelabuhan perdagangan yang terbesar di dunia sewaktu Portugis mula menerokai dunia Timur.

Malangnya, Empayar Melayu Melaka yang menjadi pelabuhan strategik kepada perdagangan antara Asia Timur dan Asia Tenggara dengan Asia Selatan dan Asia Barat, ditawan oleh Portugis pada 1511.

Menurut Afonso de Albuquerque (1995), Portugis menyerang dan menjajah Melaka untuk menghalau orang Melayu dan umat Islam daripada Tanah Melayu bagi menghalang pengaruh Islam daripada terus berkembang.

Dengan cara ini, umat Islam akan hapus sama sekali. Ini kerana sebelum kedatangan Portugis, kebanyakan orang Melayu dan umat Islam adalah golongan berkuasa, kaya, berpengaruh serta memiliki harta yang tidak ternilai jumlahnya.

Oleh sebab itu Raja Portugis berpendapat, Melaka adalah tempat terbaik untuk menghalang pedagang Islam Kaherah, Mekah dan Jeddah daripada meneruskan kegiatan mereka.

Keagungan sejarah bangsa Melayu ini adalah berasaskan bukti-bukti nyata. Oleh sebab itu, Nik Azmi menyatakan, orang Melayu sesungguhnya mempunyai hak yang istimewa ke atas Tanah Melayu. Hak ini mesti dipertahankan. Hak ini tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa.

Tetapi, perjuangan mempertahankan hak orang Melayu kini menjadi satu daripada dilema politik orang Melayu di abad ke-21. Banyak faktor yang menyebabkan dilema ini. Antaranya adalah seperti berikut.

Pada penghujung 2007, satu pertubuhan haram bernama Hindraf menuduh kononnya UMNO melakukan genocide dan pembersihan etnik ke atas keturunan India di Malaysia. Pertubuhan itu menuntut ganti rugi RM1,000,000 bagi setiap mereka yang terkorban (butiran 12 dalam memorandum Hindraf kepada Perdana Menteri Malaysia 12 Ogos 2007).

Pada 28 November 2008, Ketua Wanita MCA menyifatkan konsep ketuanan Melayu tidak relevan pada hari ini kerana semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara. Beliau menyokong kenyataan seorang Timbalan Presiden MCA mengenai perkara yang sama pada 27 November 2008 (Utusan Malaysia).

Pada 30 November 2008, Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menyatakan istilah ketuanan Melayu di negara ini tidak sesuai digunakan kerana ia menggambarkan seolah-olah seperti hubungan tuan dengan hamba (Utusan Malaysia).

Pada 6 Februari 2009, seorang pemimpin Pas diberitakan akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Pada 26 Februari 2009, ADUN DAP Skudai di Johor, Dr. Boo Cheng Hau menuduh kononnya dasar-dasar afirmatif untuk Melayu dan Bumiputera adalah serupa dengan dasar aparteid (The Malaysian Insider 26.2.2009).

Pada 14 Mei 2009, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mahu kerajaan mengkaji semula dasar biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setelah mendapat banyak aduan mengenai pelajar terbaik dari beberapa negeri yang tidak menerima biasiswa tersebut. Beliau juga mahu pemberian biasiswa itu dilakukan berasaskan meritokrasi, dengan tidak menafikan peluang pelajar cemerlang (Utusan Malaysia).

Pada 17 Mei 2009, Naib Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Yong Khoon Seng juga mendesak supaya pemberian biasiswa JPA diberikan mengikut sistem meritokrasi tanpa mengira pelajar itu daripada kaum Bumiputera atau bukan Bumiputera (mysarawak.org 17.5.2009).

Pada 20 Mei 2009, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan meminta Chin Peng selaku bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) diizinkan pulang ke Malaysia atas dasar kemanusiaan (Malaysiakini 20.5.2009).

Pada awal Jun 2009, Presiden MIC mengatakan Awang Selamat, kolumnis Mingguan Malaysia, perlu dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan semata-mata kerana kolumnis itu memperkatakan fakta sejarah mengenai etnik India di Malaysia.

Banyak lagi contoh jika mahu dihuraikan satu persatu, temasuklah tuntutan supaya bukan Melayu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apapun, seluruh kenyataan di atas menyebabkan adanya orang Melayu yang mulai bimbang terhadap masa depan bangsa Melayu di Malaysia.

Ada orang Melayu yang mulai dibelenggu dilema siasah. Ada golongan Melayu yang mulai jadi acuh tak acuh terhadap nasib serta kelangsungan bangsanya. Ada pula kelompok Melayu liberal dan universalis yang rela mengetepikan fakta-fakta sejarah bangsanya sendiri.

Kecelaruan seperti ini di kalangan orang Melayu adalah berbahaya. Ia boleh menyebabkan survival bangsa Melayu di Malaysia di hari muka terumbang-ambing bagaikan layang-layang terputus tali.

Inilah dilema politik Melayu di abad 21. Jika sewaktu perjuangan menentang penjajah British pada 1946, orang Melayu sentiasa bersatu padu untuk menjadi kuat dan teguh, hari ini orang Melayu berpecah belah.

Pendek kata, segolongan orang Melayu pada ketika ini sudah tidak lagi menghargai kata-kata Datuk Onn Jaffar pada tahun 1946, bahawa orang Melayu wajarlah melonjak dan memelihara maruah serta kesopanan bangsa Melayu menerusi perpaduan supaya tanah air dan bangsa Melayu terselamat dan kuat.

Oleh itu, orang Melayu mestilah insaf akan hal ini. Maruah kita sedang dicabar. Masa depan kita terumbang-ambing. Keistimewaan kita dipersoalkan. Raja-Raja Melayu dipersenda-sendakan. Kita perlu kembali bersatu demi masa depan kita bersama.

Kita perlu gabungkan seluruh tenaga dan pemikiran kita untuk mempertahankan Melayu dan ketinggian syiar Islam dalam konteks Malaysia yang majmuk. Kalau kita berpecah belah, kita akan kalah. Kalau kita terus berbalah, kita akan dibelah-belah.
Posted on 6:26 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

camping

waaaaa sok sekolah kitaorg camping.... semoga berjaya,trek untuk jngle trckng dah siap byak juga halangan.. so pg2 sok pasang khemah,wayering lampu,pintu gerbang dah siap tadi... k cau
Posted on 5:32 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Made in "LEPEH"


Nh nak citer lah skit mie.. Ingat ko sorang jer bertungkus lumus dengan jamuan raye tahun2 lepas. Aku merasa lah wat..1st year duk sekolah n pendalaman.. Aku berjaya menghasilkan lemang dgn cara membuat tersendiri dari keluarga aku dan boleh lah dikatakan laku gak pada malam jamuan tu. Abih wo..Nasi impit x laku..tapi lemang made in Lepeh nh..sodap..ko nak cuba mailah ke Sarawak...Haha.. berjaya jugak aku menghasilkan sendiri..
Posted on 5:14 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Men"DATA"kan diri di PPD

Jika ko emi nak citer pasal disket. Aku nak citer lak pasal isinya..Pe lagi..Data lah.. Ari nh 22 Oktober sibuknya aku bermain dengan data2 budak sekolah. Esok pulak sambung lagi dengan data2 budak asrama. Penat bukan kepalang.. Erm..nasiblah keesokan nya lagi cuti..dapat rehat sepuas2nya.. Tapi kerja masih menyusul..data EMIS perlu dihantar sebelum cuti sekolah.. Erm...Caiyok2!!
Posted on 5:00 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

disket

hahahaha ari n gua balik kg terus g bandar cari disket kat kedai bain @ rain..hampess mahal juga sekarang...beli barang koop..hahahaha dah jadi cam blog sendiri la plak hehehehe sory...mggu n camping so aku xbalik kg..xdapat tengok sound sistem bain yang baru ( buat kat kedai sem treck in yg lame rm50.00)..so nite
Posted on 6:50 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

panas

hari ini hari selasa, gua baru balik dari hutan buat trek untuk perkhemahan tahunan sk menson 09..so mula masuk pukul 9 kul 5 ptng baru keluar mak ai penatnya...dah la makan n air bawa cikit je.... ehhhh my friends klu nak masuk gambar2 email la kat aku...aku edit terus... dah send msg aku kat numbr maxis aku k...cau cin cau
Posted on 2:43 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

pokok kundang itu?

SEJAK dari pagi lagi, anak-beranak Haji Solehin sibuk menyiapkan hidangan untuk majlis tahlil arwah yang akan diadakan selepas Maghrib nanti. Masing-masing telah diberikan tugas khas yang perlu diselesaikan sebelum menjelang senja. Semua kesepuluh anak Haji Solehin telah berkampung di rumah pusaka arwah sejak dua hari lepas. Masa itulah mereka membersihkan rumah yang telah ditinggalkan semenjak kematian Haji Solehin dan mula mengumpul kayu api di bawah bangsal untuk memasak.

Di Kampung Kundang, kalau anak-beranak Haji Solehin pulang serentak, barulah suasana kampung bertukar wajah. Bayangkanlah keriuhan sepuluh orang anak dengan bilangan cucu mencecah 40 orang dan beberapa orang cicit. Rumahnya riuh-rendah dengan suara kanak-kanak bersorak riang bermain bola, suara si ibu memarahi anak dara yang lambat mandi dan suara si bapa yang sibuk mengarah tapi mata asyik melekat pada kaca televisyen.

Ketika memasak sambal sotong di bangsal tepi pokok kundang , anak ketiga Haji Solehin, Kamariah, mula bercerita kisah zaman kecilnya sambil tangan sibuk mengacau kuah sambal. Turut membantunya di bangsal ialah seorang anak daranya dan tiga orang anak saudara yang baru tiba dari Temerloh, Pahang.

"Kamu semua nampak tak pokok kundang yang lebat berbuah di tepi bangsal ini?,"soal Kamariah sambil mengalih-alihkan kayu api.

"Dulu, masa arwah tok kamu masih ada... dia pernah bercerita tentang perempuan cantik yang sering ditemui di situ. Yang peliknya, hanya lelaki sahaja yang pernah melihat perempuan cantik tu. Arwah Wan kamu sendiri tak pernah berjumpa dengannya," kata Kamariah.

"Siapa perempuan cantik tu, Mak Lang? Dia orang kampung ni juga ke?" tanya Shidah.

"Menurut arwah tok kamu, orang kampung percaya perempuan cantik yang mereka temui itu ialah arwah Mak Ngah Bibah yang meninggal dunia akibat menggantung diri. Dulu, arwahlah yang menanam pokok kundang di tepi bangsal. Selepas isterinya meninggal, suaminya terus meninggalkan kampung ini dan menjualkan tanah tapak rumahnya kepada orang lain. Mereka bukan penduduk asal Kampung Kundang tapi merantau ke sini dari Pattani.

"Arwah Mak Ngah Bibah pernah menjadi Ratu Kebaya sebelum berkahwin kali kedua dengan Pak Bidin. Faham-fahamlah bila dah dapat gelaran 'ratu', orangnya mestilah cantik molek. Kiranya, dia memang jadi sebutan di kampung ni. Pada mulanya, Pak Bidin kembang kempis bila orang memuji isterinya. Tapi lama kelamaan dia mula panas hati. Bila dah kenal erti cemburu, badan Mak Ngah Bibah menjadi mangsa Pak Bidin melepaskan amarahnya.

"Semua orang kampung tahu Pak Bidin mendera isterinya. Bukan seorang dua yang pernah menasihatinya malah dah berbuih mulut orang kampung cuba mendamaikan mereka. Menasihatkan Pak Bidin samalah seperti mencurahkan air ke daun keladi. Di depan orang kampung, dia berjanji akan berubah sikap. Di depan Mak Ngah Bibah, dia kembali menjadi 'singa' lapar.

"Kemuncak pergaduhan mereka terjadi apabila Pak Bidin menuduh isterinya membuat hubungan dengan anak Pak Din. Anak Pak Din tu baru je lepas universiti.

"Ketika membesarkan dapur rumah Pak Bidinlah, Mak Ngah dituduh main mata dengan budak bujang tu. Puaslah Mak Ngah menafikan tuduhan liar suaminya tapi Pak Bidin sedikit pun tak ambil peduli. Hari tu, berbiratlah badan Mak Ngah dirotan oleh Pak Bidin. Dia memukul isterinya macam budak kecil.

"Puas melihat Mak Ngah kesakitan kena rotan, Pak Bidin terus menambah kesakitan dengan sepak terajang pula. Meraung panjang Mak Ngah hari tu. Orang sekeliling yang mendengar terus memanggil polis. Bila dah jadi kes polis, kisah Mak Ngah merebak hingga ke hujung kampung. Barulah Pak Bidin menyesal dan rasa malu yang teramat sangat. Tapi nasi dah jadi bubur. Mak Ngah dah tawar hati dengan perangai suaminya.

"Kekecewaan Mak Ngah semakin bertambah semenjak dua bulan selepas itu apabila ada perempuan Siam datang ke rumahnya dan mengadu sebagai perempuan simpanan Pak Bidin. Dia tunjukkan gambar-gambar Pak Bidin yang ada dalam simpanannya. Hancur-luluh hati Mak Ngah Bibah melihat kelakuan tak senonoh suaminya itu.

"Selang seminggu selepas itu, semasa Pak Bidin tiada di kampung, mayat Mak Ngah Bibah dijumpai tergantung di dahan pokok kundang itu. Gemparlah seluruh kampung mendengar kisah Mak Ngah Bibah membunuh diri.

"Selepas jenazahnya selamat dikebumikan, barulah Pak Bidin balik ke kampung semula. Tapi dia tak sanggup lagi tinggal di rumah tu dan melihat pokok kundang itu. Katanya hantu Mak Ngah selalu mengganggunya," jelas Kamariah dengan panjang lebar.

"Masa bila pulak orang kampung terserempak dengan hantu Mak Ngah tu?" soal Shidah lagi. Bersungguh-sungguh dia hendak tahu cerita Mak Ngahnya itu.

"Arwah tok kamu pernah terserempak dengan perempuan cantik memakai kebaya ketika melintasi pokok kundang itu.. Waktu tu, dia sedang menghalau lembu ke dalam kandang. Kebetulan pula, kandang lembu tu didirikan berdepan dengan pokok kundang. Perempuan cantik tu berjalan laju melintas di depannya dan terus berlalu ke arah kebun Haji Busu. Segala-galanya berlaku dengan pantas. Sekali toleh sahaja bayangan perempuan cantik itu sudah menghilang.

"Selain daripada arwah tok, Haji Busu pun pernah terserempak dengan perempuan berkebaya sewaktu balik daripada majlis tahlil di rumah Pak Uteh. Menurut ceritanya, Haji Busu mendengar suara perempuan menangis di bawah pokok kundang. Dari jauh, Haji Busu nampak perempuan berkebaya seolah-olah melambai-lambai ke arahnya. Bila didekati, ia semakin menjauh dan terus hilang. Bila hantu berbaju kebaya menjadi bualan penduduk kampung ini, nama arwah Mak Ngah Bibah terus dikaitkan dengannya. Sama ada betul atau tidak, itulah hantu Mak Ngah Bibah, tiada siapa yang tahu," ujar Kamariah.

Selepas bercerita panjang lebar, Kamariah terus mengusik anak-anak saudaranya dengan cerita hantu yang pernah didengarinya sebelum ini. Masing-masing melopong mendengar cerita seram Kamariah.

Majlis tahlil di rumah arwah Haji Solehin berjalan lancar pada malam itu. Semua lauk-Pauk yang dihidangkan kepada hadirin yang datang, habis dijamah. Selesai membasuh pinggan, tibalah giliran Kamariah dan suaminya untuk menghantar Pak Uteh balik ke kampung berchang. Pak Uteh yang menjangkau usia 80 tahun, terlalu uzur untuk balik sendirian.

Dalam kereta, Kamariah sibuk mengungkit kisah arwah Mak Ngah Bibah. Pak Uteh pun galak menyambung ceritanya, semakin menambahkan kerancakan mengenainya. Sebaik sahaja menghantar Pak Uteh, suami Kamariah bercadang untuk mengikut jalan pintas untuk ke balik ke rumah.

Kisah Mak Ngah Bibah masih menjadi topik pilihan perbualan mereka. Tatkala melintas di simpang pokok kundang, Kamariah dan suaminya ternampak seorang perempuan cantik melintas betul-betul di hadapan keretanya. Nasib baik dia tidak dilanggar oleh suaminya. Yang membuatkan mereka melopong ialah perempuan cantik itu memakai
kebaya. Anehnya, wanita cantik itu tidak berkaki! Masing-masing terdiam dan hanya terpaku melihat bayangan wanita cantik berkebaya itu semakin menjauh dan terus menghilang.

Semenjak peristiwa tersebut, Kamariah terus tidak berani lagi menyebut nama Mak Ngah Bibah. Barangkali dia sendiri tidak menyangka akan bertemu dengan wanita berbaju kebaya di pokok kundang itu!!!!

Hehehe semua cerita ini hanya rekaan sahaja..skmenson@pap_2009
Posted on 5:50 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

ape itu KUNDANG?

Kundang juga dikenali sebagai Kemior merupakan sejenis tumbuhan yang pokoknya mempunyai getah yang boleh menyebabkan keradangan sekiranya terkena pada kulit. Buahnya pula seperti buah mempelam kecil. Rasanya masih hingga masam, sebagai pemecah selera. Biasanya dimakan bersama dengan kulitnya, isinya mempunyai serat yang tinggi sebagaimana buah mangga.





Nama saintifik : Bouea oppositifolia (Roxb) Meisner
/blockquote>
Sumber :- Wikipedia

Wah tak tau plak yang buah kundang ni boleh makan dengan kulit sekali.. Biasa memang asingkan dengan kulit..
Memang layan makan buah ini dengan garam atau kicap dicampur gula. Pergh lebih-lebih lagi time ujan-ujan .. Sambil minum teh misai kucing.. Lena layan kemasamannya..

Posted on 5:34 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »
Panduan Pendaftaran Pertubuhan

1. PENDAHULUAN

Pertubuhan berdaftar hendaklah berfungsi mengikut kehendak undang-undang berdaftarnya dan
mematuhi sepenuhnya Akta Pertubuhan 1966 serta Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.

2. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN YANG BERKUATKUASA

2.1 Akta Pertubuhan 1966;
2.2 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.

3. TAKRIF PERTUBUHAN

Di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966 “Pertubuhan” ditakrifkan sebagai persatuan, kelab
atau badan-badan yang bergerak berasaskan keahlian mengandungi 7 orang ahli atau lebih serta
mempunyai tujuan-tujuan tertentu sama ada kekal atau sementara tetapi tidak termasuk
pertubuhan-pertubuhan/badan-badan yang telah disahkan pengwujudannya di bawah undangundang
lain yang berkuatkuasa di Malaysia seperti syarikat, kesatuan sekerja, koperasi dan
sebagainya.

4. BAGAIMANA MENUBUHKAN PERTUBUHAN

4.1 Satu mesyuarat penubuhan yang dihadiri oleh sekurang-kurangnya tujuh (7) orang
hendaklah diadakan dan nama-nama mereka yang hadir hendaklah dicatatkan dalam minit
mesyuarat (bagi pertubuhan bertaraf kebangsaan, tujuh (7) wakil dari tujuh (7) negeri
berlainan di Malaysia).
4.2 Mesyuarat penubuhan tersebut hendaklah membuat ketetapan-ketetapan berikut:
(a) bersetuju menubuhkan pertubuhan lengkap dengan tujuan;
(b) meluluskan nama pertubuhan yang akan didaftarkan (nama pertubuhan hendaklah
selaras dengan tujuan dan keahlian pertubuhan);
(c) meluluskan alamat tempat urusan dan alamat surat menyurat pertubuhan;
(d) melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja/Protem untuk menguruskan pendaftaran
pertubuhan (nama individu mengikut no. kad pengenalan dan jawatan hendaklah
dinyatakan) ; dan
(e) menyedia/meluluskan Undang-undang Tubuh (Perlembagaan) Pertubuhan yang
hendak didaftarkan. (Undang-undang ini hendaklah memenuhi keperluan Jadual 1 Akta
Pertubuhan, 1956);
4.3 Mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan (Minit Mesyuarat Penubuhan) pertubuhan
serta keputusan terhadap ketetapan-ketetapan yang dibuat. Minit mesyuarat hendaklah
mengandungi tarikh, masa mesyuarat dan jumlah kehadiran (senarai kehadiran perlu
disertakan di lampiran berasingan)
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

5. CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN

5.1 Tiap-tiap permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
(a) 6 salinan borang permohonan Borang 1 – Permohonan bagi Pendaftaran Pertubuhan
yang sempurna diisi dan ditandatangani oleh 2 pemegang jawatan utama pertubuhan;
(b) 6 salinan senarai Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan; (Senarai ini hendaklah
mengandungi butir-butir seperti: nama (bagi orang-orang Cina ditulis juga nama dalam
huruf Cina), jawatan dalam pertubuhan (Presiden/Yang DiPertua/Pengerusi, Timbalan
Presiden/Timbalan Yang DiPertua/Timbalan Pengerusi, Naib Presiden/Naib Yang
DiPertua/Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan ahli jawatankuasa biasa), nombor
kad pengenalan, tarikh lahir, tempat lahir, pekerjaan, nama dan alamat majikan serta
alamat rumah bagi tiap-tiap Ahli Jawatankuasa);
(c) 6 salinan undang-undang (perlembagaan) pertubuhan;
(d) 6 salinan contoh lambang, bendera, lencana dan lain-lain tanda yang berwarna dan
keterangan mengenai maksud tanda-tanda tersebut di dalamnya (jika berkenaan);
(e) 2 salinan minit mesyuarat penubuhan yang mencatatkan ketetapan seperti disebutkan
pada di para 4.2;
(f) Surat kebenaran menggunakan alamat daripada tuan punya alamat, jika berkenaan.
(Jika menggunakan alamat pejabat, sekolah, hospital, ladang, syarikat atau kilang,
surat kebenaran majikan/tuan punya alamat hendaklah disertakan); dan
(g) Fi pemprosesan berjumlah RM30.00 dalam bentuk wang tunai/bank draf/kiriman wang
atas nama Pendaftar sekiranya permohonan dihantar ke Ibu Pejabat Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau Penolong Pendaftar sekiranya permohonan
dihantar ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri.
5.2 Tiap-tiap salinan dokumen di (a), (b), (c), (d) dan (e) mestilah ditandatangani oleh 2 orang
pemegang jawatan utama pertubuhan. Pemegang jawatan utama bermaksud
Presiden/Yang DiPertua/Pengerusi, Timbalan Presiden/Timbalan Yang DiPertua/Timbalan
Pengerusi, Naib Presiden/Naib Yang DiPertua/Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
5.3 Borang-borang permohonan bagi mendaftarkan pertubuhan (Borang 1) boleh dimuat turun
secara percuma di Portal JPPM atau diperolehi daripada Ibu Pejabat dan mana-mana
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri dengan bayaran RM1.00 senaskah.

6. DI MANA HENDAK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

Permohonan pendaftaran pertubuhan hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Negeri di mana alamat berdaftar pertubuhan ditetapkan.

7. RAYUAN TERHADAP PENOLAKAN PERMOHONAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN

7.1 Di bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966, mana-mana pertubuhan, pemegang jawatan
atau ahli pertubuhan yang musykil dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan dalam hal
penolakan permohonan pendaftaran boleh membuat rayuan terhadap keputusan itu kepada
Menteri Dalam Negeri dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan Pendaftar.
7.2 Surat rayuan dan bayaran fi pemprosesan berjumlah RM50.00 dalam bentuk wang
tunai/bank draf/kiriman wang hendaklah dikemukakan kepada Ibu Pejabat, Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri di mana
alamat berdaftar pertubuhan ditetapkan.
Posted on 5:23 AM by kundangcrew and filed under | 1 Comments »

salam aidilfitri

tangan di hulur, maaf di pinta






seusia kami 26thn...hampir 17 thn beraya bersama..dari beraya berjalan kaki sampai ke ukk sungai kerpan, berbasikal sampai ke lubuk kulit, bermotor ke raub n berkereta sampai ke ulu jempol..mcm2 ragam sifat geng n hehehehe..semua menjadi kenangan yang xboleh dilupakan..

Posted on 6:46 AM by kundangcrew and filed under | 2 Comments »