bendera parti mana????

Dua korban renjatan elektrik
Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

ANGGOTA polis dan penduduk kampung mengangkat mayat Rosli dan Mohd. Daishan di Kampung Tengah, Bukit Panau, Tanah Merah malam kelmarin untuk dibawa ke Hospital Tanah Merah.

TANAH MERAH - Dua lelaki mati selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba menaikkan bendera menggunakan buluh dalam kejadian di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam kelmarin.

Rosli Hussin, 47, yang merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan rakannya seorang penoreh, Mohd. Daishan Ibrahim, 37, masing-masing ditemui mati pada kira-kira pukul 12 tengah malam di tempat kejadian dengan kesan lebam di telinga dan kaki akibat terkena arus elektrik bervoltan tinggi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Abdul Aziz Mahmud, berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa memegang buluh sepanjang 12 meter yang dipercayai basah dengan niat menaikkan bendera sebuah parti politik.

Tanpa diduga, buluh yang dipasang dengan bendera itu terkena kabel yang berada pada ketinggian sembilan meter sebelum kedua-dua mangsa terkena kejutan elektrik.

Menurut Abdul Aziz, kejadian itu kemudian disedari penduduk kampung sebelum mereka mendapatkan bantuan pihak polis dan hospital berdekatan.

ini berita kosmo 01/04/2012
cuba baca betul2..rasanya kalau tengah pasang bendera parti pembankang dah lama tajuk ditukar ( padah pasang bendera pas @ keadilan )n comform bendera BN.. ape2 pun al-fatihah untuk arwah..
Posted on 5:46 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

surat remaja

Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun, sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin, dalam ruang demokrasi, tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini, menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. ‘Singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya kini.

Tidaklah pula saya katakan, yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan, saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari, makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri, untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH, kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR
Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini, percaya bahawa, setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari, saya dan rakan-rakan, menerima berita dari segenap pelusuk negara, samada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI
Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri, turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga, kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka, menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana, seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda, dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan waktu Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar, bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar, yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda, hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para bijak pandai masa depan. Dengan Dato’ Seri melambakkan pada mereka, hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan, bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT
Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar beritah demikian, kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya, waktu melihat Dato’ Seri dan isteri, melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati, untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam), yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya, apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI
Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak, apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka, daripada wang yang mereka perolehi hasil judi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini, ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK
Dato’ Seri, orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali, jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun, Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga, kaya raya.

Maka, tidak kiralah, jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau Rm 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya, adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun, sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu). Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah, meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah yuran persekolah masih dihutang. Bukan sedikit keringat yang dicurah, demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat, yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini, sekadar untuk meraih undi. Waktu berkuasa, kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami, bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT
Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi, untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati, dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami, ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri, tanpa rasa bersalah, menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu, memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana, kami rakyat, cuba untuk berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi, betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat.Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media dibawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara, adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri, pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi sebab untuk anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara, sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI
Saya dan juga rakan-rakan, adalah remaja muda yang punya sikap. Punya pendirian. Kami berazam, untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad, seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya, untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti. Agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan mendapat tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf, kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada gerak langkahnya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini, ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian, hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

Muhammad Muizzuddin Bin Zaini
Posted on 3:22 PM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Fakta Menarik Tentang Youtube


Youtube merupakan laman web video sharing yang paling popular abad ini sehinggakan budak-budak kecil pun tahu menonton kartun kegemaran mereka di youtube. Pengguna dapat menonton, memuat naik video dan berkongsi video mereka sendiri secara percuma di laman web ini.

Di bawah ini terdapat info atau fakta yang mungkin tidak diketahui orang ramai tentang youtube. Meh baca..

1. Youtube dibangunkan pada bulan februari 2005 oleh 3 orang jejaka yang juga pemilik PayPal,iaitu Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim.

2. Pada awalnya pusat operasi Youtube hanya terletak di lantai atas sebuah restoran Pizza dan Restoran jepun di San Mateo, California.

3. Video awal yang pertama kali di Upload di Youtube berjudul Me at The Zoo, menampilkan Jawed Karim di kebun binatang San Diego.Sampai ketika ini video tersebut masih lagi dapat disaksikan di youtube.

4. Youtube mula melancarkan laman web itu dalam versi Beta pada bulan Mei 2005, 6 bulan sebelum official launching yang dilaksanakan pada bulan November 2005

5. Pada bulan julai 2006 atau 8 bulan setelah dirasmikan mencatatkan sebanyak 65000 video baru di upload ke Youtube setiap harinya, dengan 100 juta views per hari.

6. Semua video di youtube berformat flash video iaitu .flv

7. Pemilihan nama www.youtube.com mengakibatkan masalah bagi sebuah company mirip youtube iaitu www.utube.com.Pemilik laman web itu, Universal Tube & Rollform Equipment, mengemukakan saman terhadap YouTube pada November 2006 setelah mengalami kelebihan beban secara teratur yang diakibatkan kebanyakan orang lebih suka kepada youtube berbading utube.

8. Pada bulan Oktober 2006, Google Inc. membeli Youtube yang dianggarkan bernilai 165 milion US Dolar.

9. Pada tahun 2007 Youtube telah mengupgrade Bandwidth menyamai besarnya Bandwidth keseluruhan internet di dunia pada tahun 2000

10.Bulan jun 2008,majalah Forbes melaporkan bahawa pendapatan Youtube selama tahun 2008 dianggarkan mencapai 200 juta US Dolar.

11.Tahun 2008, Youtube mendapat penghargaan dari George Foster Peabody Award.

12.Sehingga hari ini,Youtube masih lagi menjadi laman web online Video paling popular di Amerika syarikat, bahkan mungkin dunia dengan menguasai 43 peratus pasaran.

13.Mengikut info,dianggarkan 20 Jam durasi video di upload ke Youtube setiap minitnya dengan 6 milion views per hari.

Posted on 4:57 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Kesan minum berdiri


Satu kajian kesihatan oleh ahli akupuntur mengatakan, air yg masuk dgn cara duduk akan disaring oleh sfringter. Sfringter adalah sesuatu struktur maaskuler (berotot) yg boleh membuka (sehingga air kemih boleh lalu) dan menutup. Setiap air yg kita minum akan disalurkan ke ‘pos-pos’ penyaringan yg berada di ginjal. Maka, jika kita minum berdiri. Air yg kita minum tanpa disaring lagi akan terus menuju ke pundi kencing.

Ketika terus menuju kandung kemih, maka terjadilah pemendapan di saluran ureter. Kerana banyak limbah2 yg menyita di ureter. Inilah yg menyebabkan penyakit batu karang. Salah satu penyakit ginjal yg berbahaya. Susah kencing itu penyebabnya.

Saya baru sedar, mengapa Rasulullah melarang umatnya minum berdiri. Dalam hadis disebutkan “Janganlah kamu minum berdiri”

Sumber: Misteri Keajaiban Dunia oleh Pustaka Azhar

Posted on 4:06 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Husband Day Care

sekarang dimana2 ada jualan murah. para isteri tentu seronok sakan berbelanja, tapi jika bawa suami banyak le tak boleh. so, sementara nak shopping tu kalau para isteri rasa membawa suaminya lebih bagus, dah ada perkhidmatan penjagaan suami untuk sementara waktu. may be tinggalkan pagi, kemudian bolehlah bershopping sakan. dah puas shopping bolehlah ambik balik suami anda dari nursery tu.


tapi AWAS, jangan suka2 hati nak letak suami. aku yakin penjaga nurseri tu bukan tahap mak lampir, tentu gadis2 genit. dengan perkhidmatan yang mantop, aku yakin ada suami yang dah tak nak balik rumah nanti.

Posted on 3:56 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

DRAF TERKINI - SISTEM PENGURUSAN OPSYEN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)


KUATKUASA
01.01.2012
PEGAWAI YANG LAYAK
Pegawai dan K/Tangan yang tetap

1. Isi Maklumat dalam Borang Maklumat untuk Opsyen SBPA Mengikut Sekolah
2. GST tak payah tawar sehingga mendapat pengesahan lantikan
3. Pegawai yang bertukar, kalau gajinya masih di tempat berkhidmat lama, kena ditawarkan di tempat lama.

4. Pegawai meletak jawatan atau meninggal dunia sebelum 1.1.2012 Opsyen ini terbatal.
5. Pada Tarikh 13 hb Disember - Taklimat SBPA di IAB wajib GB/P dan PT hadir

6. Pada 16 hb Sistem Online baru dibuka untuk buat pilihan.
7. Semua dokumen mesti di tandatangan hidup.
8. Ketua Jabatan bermaksud di mana Buku Rekod Perkhidmatan Berada
9. Sekolah Rendah bukan PTJ, Ketua Jabatannya PPD
10. Sekolah Menengah bukan PTJ, Ketua Jabatannya JPNP (Pengarah)
11. Perubahan berdasarkan gaji pada 31.12.2011

12. Jawatan JumudContoh

Tukang Masak, Penyelia Stor Rendah

kena terang gengan jelas, jika tidak terima SBPA , mereka akan disarakan 31.12.2011.

13. Semua Pegawai kena buat keputusan sendiri.
14. Semua Pegawai Kena Buat Keputusan Sendiri : ID adalah Kad Pengenalan

15. 15/12 - 24/12/2011 Tempoh Pemilihan
25/12/2011 Sistem di JPNP tutup
30/12/2011 Sistem di KPM Tutup
16. Semua Pegawai diminta memaklumkan kepada Staf Bawahannya untuk membuat/menerima tawaran ini sama ada untuk Kekal atau Memilih 60 Tahun


Posted on 4:10 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

kelah terbaru

04/12/2011


Posted on 2:47 PM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

CINTA ELYSA

typo error, Cinta Elysa.. ;-)

Cinta Elysa menggantikan drama Ana Lulu, setiap Selasa jam 9.00 malam.

Pelakon
Johan As’ari (Botak Juvana), Fasha Sandha, Datuk Jalaluddin Hassan, Zila Bakarin, Addy Ashraf, Naim Daniel, Zaefrul Nordin, Ika Nabila

Sinopsis
Mengisahkan Aril (Johan As’ari) seorang anak yatim piatu yang membesar tanpa kasih sayang telah menjadi seorang pemuda bermasalah yang terlibat dengan kegiatan samseng. Selepas disisihkan oleh keluarga sebelah ibu ekoran pelbagai masalah yang ditimbulkannya, akhirnya bapa saudara sebelah bapanya, Jasman (Dato’ Jalaluddin Hassan) telah membawanya pulang dan masih menaruh harapan kepada Aril untuk berubah.


Isteri Jasman, Yasmin (Zila Bakarin) sangat bencikan Aril dan sering melemparkan kata-kata nista kepadanya. Anak-anak lelakinya, Khairul dan Imran juga memusuhinya. Hanya anak sulungnya, Elysa (Fasha Sandha) yang masih menegur Aril. Namun sebenarnya, Elysa agak gugup berhadapan dengan Aril kerana sudah mendengar macam-macam perkara buruk tentang dirinya.

Aril telah didaftarkan di kolej yang sama dengan Elysa dan diberikan tanggungjawab untuk menjaganya. Aril sering melepaskan kemarahannya kepada Elysa lebih-lebih lagi selepas Elysa jatuh di kolej dan kakinya cedera. Aril menganggap Elysa sebagai beban dan suka menyusahkannya.

Aril berada dalam dilema apabila diamanahkan oleh Jasman untuk menjaga keluarga kerana anak-anaknya masih bersekolah. Jasman telah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Aril cuba mengikut amanat tetapi kebencian Yasmin menjadikan tanggungjawabnya amat sukar dilaksanakan. Hanya cintanya pada sepupunya Elysa menjadi inspirasi dan memberi kekuatan kepadanya untuk tidak meninggalkan rumah itu.

Apabila Aril dihalau keluar dari rumah oleh Yasmin, Aril nekad membawa Elysa yang masih cedera lari bersamanya. Aril kembali menjalani kehidupan sebagai samseng untuk mencari duit demi kehidupannya dan menyembuhkan Elysa. Elysa menyangka Aril melarikannya kerana mahu membalas dendam kepada ibunya. Selepas teguran Elysa, Aril mencari rezeki halal demi Elysa.

Aril dan Elysa menyamar sebagai pasangan suami isteri di sebuah kampung. Mereka mendapatkan pengamal perubatan tradisional, Mak Jah untuk mengubati Elysa. Namun perlakuan mereka menimbulkan syak wasangka Mak Jah dan rahsia mereka terbongkar. Mak Jah menasihatkan mereka untuk berkahwin. Hati Aril berbelah bagi tetapi Elysa akur untuk mengelakkan dosa. Aril berjanji bahawa akan menceraikan Elysa selepas Elysa boleh berjalan semula. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Posted on 5:18 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

minyak naik lagi

Kuala Lumpur, 6 Jan 2011 – Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.40 seliter, manakala RON95 pula naik 5 sen.

Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat secara terpencil di dada akhbar. Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak

berhari hari lamanya.

Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,”Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur.Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna”.

Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, “Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya mencapai azam saya iaitu hidup serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas.”

Pemuda yang mahu dikenali dengan nama Ajoi , 38, yang bekerja di syarikat komunikasi berkata, “Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Dengan ini saya dapat mengurangkan aktiviti merempit di sebelah malam. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup prihatin.”

Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Sumardi , 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, “Tak payah interview saya …. Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer..”

Wartawan kami juga sempat menemubual seorang gadis yang sedang berjalan kaki melintas stesyen minyak tentang pendapat beliau mengenai kenaikan harga minyak RON97. Gadis tersebut yang juga mahu namanya dirahsiakan, berkata “Bagus la bang minyak naik, nanti harga barangan lain pun naik, ikan naik harga, ayam pun naik harga, ni bawang merah pun dah naik harga. Jadi saya boleh berdiet bang. Bolehlah lepas ni saya pakai baju fesyen-fesyen, ehmm RON tu nickname nama Badron kan bang? Tentu dia hensem…”

Untuk melengkapkan artikel biar dapat panjang sikit space di akhbar kami, wartawan kami sempat juga menemubual seorang kanak-kanak lelaki yang sedang mengepam tayar basikalnya di stesyen minyak yang sama. “Minyak mana boleh naik bro… kan kalau pam minyak tu turun masuk dalam tangki kereta…”

Wartawan sempat juga menemubual pam attendan stesyen minyak tersebut, “minyak naik pun gaji sama juga encik..tak naik pun”

Posted on 3:04 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Kenapa Ayam Melintas Jalan






Saintis : Mungkin kerana diseberang jalan terdapat sesuatu yang menarik perhatiannya kerana ayam mempunyai deria yang sangat sofistikated.

Ahli Matematik : Kebarangkalian ayam tersebut ingin melintas cuma 1/6 dari naluri asalnya yang was was kepada kekalutan jalan raya.

Atuk : Entahle .. dulu atuk pening nak jawab mana dulu ayam ke telur ayam .. sekang kau tanya kenapa dia lintas jalan ? jap .. atuk nak amik air semayang

Polis : Kita akan siasat. Diminta orang ramai tidak membuat spekulasi kerana kita masih diperingkat awal

Peguam : Kita masih mengkaji. Sekiranya mempunyai kes , kita akan buat dakwaan.

Ahli Politik : Ayam itu juga perlu dilindungi dalam konteks demokrasi . Samada ia melintas atau tidak itu pilihannya.

Perkasam : Ayam itu telah cuba untuk menggugat ketuanan. Jangan benarkan ia melintas.

Peniaga Ayam : La .. rugi sekor ayam den.

Kaki Skodeng : Ayam tu berbaju ke togel ?

Sister In Selam : Ini sangat peribadi, orang cuma tahu menghukum, ayam juga boleh memimpin

Kak Jat : Kalau pun ayam tu melakukan kesalahan, ianya cuma dosa individu .. kenapa perlu dipolitikkan ?

Sepuul : Saya bersumpah .. takde kena mengena ngan ayam tu !!!

Mat Monggol : Ayam ? mana mana ? eh .. sesape je yang kata ayam tu melintas .. adalah pengkhianat .

Bik Mama : Ini fitnah .. bila saya kata nak lintas jalan ? kah kah kah


Posted on 5:48 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

10 Idea Menarik Untuk Bilik Air Dan Tandas



1. Dispenser Sabun Bentuk Hidung - USD17.99

Kat Malaysia dah ada ke menda ni ? .. tapi gamak ke luorang nak pasang kat dalam toilet atau bilik air ? wa nengok je pon dah tak lalu .. kah kah kah .. kalo ada debudak kecik kat rumah ok le kot .. tapi gerenti tak sampai sehari je sabun dalam tu .. konfem licin .. asik dok picit je .. sape le punya idea yang melantun ni ye ?





2. Buku Nota & Pensil Kalis Air - USD9.48

Berita baik buat sesape yang selalu menjadikan bilik air ngan toilet sebagai markas untuk melahirkan idea idea terkini. Benda ni memang sesuai sangat ngan luorang .. wa rasa selalunya .. memang masa kat dalam pejabat sementara ni le keluarnya idea idea hebat yg dapat menukar wajah dunia .. kah kah kah ... kena plak yg jenis suka bertapa dalam toilet utk cari ilham .. perghh .. jangan buat chai nombor je udah


3. Lampu LED Berdasarkan Suhu Air - USD30.84

Yang ni sesuai untuk kaki kaki disko ngan dangdut yang hajatnya tak kesampaian .. boleh joget joget masa mandi sambil ditemani lampu lip lap lip lap .. kah kah kah .. Lampu ni sebenarnya indikator suhu air .. so kalo nak sejuk dia warna biru .. kalo nak suam atau panas .. dia ubah kaler merah .. tapi .. kena laras sendiri le .


4. Pemegang Tisu Tandas I-Pod - USD29.99

I-Pod ni kira memahami le .. diowang tau ramai yg suka lepak dalam tu .. jadi kawan jin .. so diowang keluarkan I-Pod versi tahan basah . So lepas ni kalo luorang nak layan MP3 tanpa gangguan dan leteran .. lepak le lelama .. kalo tak tahan bau bahan buangan sendiri .. nanti mintak I-Pod cipta plak gadget versi letak kat idung .. kah kah kah





5. Span Mandi Bentuk Mikrofon - USD7.49

Perghhh .. dah ada I-Pod .. kena le nyanyi sesama ye dak ? kalo idak .. rasa cam kurang lemak je .. hihihihi .. so kalo luorang rasa suara tu memang dah best tahap puaka .. apakata luorang beli menda ni .. boleh berangan nyanyi atas stage sebaris ngan Justin Bieber .. tak pon ngan Jalil Hamid .. kah kah kah





6. Pemanas Toilet Seat - USD39.95

Item ni sesuai le kalo luorang nak bawak gi bercuti ke tempat tempat sejuk cam Genting ke .. Cameron ke .. Fraser ke .. so bersemangat le skit nak operasi pembuangan sebab terasa kehangatannya .. kah kah kah .. ye le .. kalo dah sejuk semacam je tempat duduk toilet tu .. boleh ilang selera woo .. punggung pon boleh naik kematu .. huhuhu



7. Dispenser Ubat Gigi - USD12.95

ermm .. idea ni boleh tahan gak .. nampak kemas skit .. lepas tu boleh kontrol dia nya volume . Selalunya memang kita letak ubat gigi ni dalam bekas.. cuma kengkadang ada rumah yg wa pegi .. ubat gigi dok bersepah sana sini .. Cuma yg wa pelik .. cemana dia sedut keluar ubat gigi tu dari talam tiub .. ada squeezer ke ? canggih canggih ..



8. Pelindung Untuk Bercukur - USD19.99

Untuk kaum lelaki je .. kalo pompuan yg ada misai pon boleh gak .. kih kih kih .. luorang mesti pikir menda ni lawak kan ? idak le .. ni bukan bayangan gurauan . Item ni memang direka cipta untuk cukuran bebas tanpa menyentuh misai dan janggut yang sedia ada .. kira nak mantain shape dia le .. lepas tu dia boleh laras ikut muka .. tapi .. dah macam Darth Vader le plak .. kah kah kah


9. Tuala 2 Tone - USD12.29

Dalam bebanyak barangan .. wa rasa yang ni paling cemerlang . Sebab selama ni .. tuala yang kita guna , kita belasah je lepas lap kaki .. lap muka .. lepas tu lap punggung .. lap sana lap sini .. tu yang kengkadang terbersin diluar kawalan .. kah kah kah .. so dengan ada penanda gini .. kita dah tau .. nak lap muka guna bahagian mana .. gitu le sebaliknya kalo nak lap bawah pinggang .. kira cerdik le ni .




10. Tabir Dengan Kesan Darah - USD18.46

Wa pon tak tau apa relevannya menda ni ngan post wa.. nak kata gurau .. macam kasar je .. kah kah kah .. kalo nak bersenda ngan orang luar .. bilik air tu bukan tandas awam .. Cuma menurut kata pengeluarnya .. menda ni nak bagi tuan rumah segar mata bila bangun tido pagi .. bila bukak je pintu bilik air .. terus ternampak kesan darah .. pastu .. opocot mak kau .. keh keh keh ... relevan ke ?



* Memacam le produk yg terkini sekang dalam pasaran .. terpulang le pada luorang nak pilih yang macamana .. ikut suka je la .. tapi kalo luorang jenis duk kat kampung .. bilik air pon kat luar rumah .. atau pon sekadar mandi kat sungai .. toksah le ngengada beli menda ni semua ..membazir je .. kah kah kah .. nak letak kat mana ? kena rembat dek kutu naya je .. err..kecuali no 8 ngan no 9 .. huhuhu
Posted on 5:45 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Kenapa Biskut Kering Mempunyai Lubang ?

Perghh .. serba salah wa nak letak tajuk cam kat atas tu .. tapi tu le perkara yang wa nak share untuk posting ni .. pernah tak luorang terfikir kenapa biskut kering (dikenali ngan nama biskut mayat disesetengah negeri atau cracker) mempunyai sejumlah lubang di tebuk diseluruh kepingannya ?

Lubang lubang tu sebenarnya ditebuk untuk satu tujuan yang penting dalam pembuatan biskut ni .. bukan sekadar untuk gimik, atau nak bagi nampak cantik .. atau sekadar dekorasi biskut sebagaimana mungkin difikirkan sesetengah orang. Tanpa lubang tersebut, biskut tak dapat dimasak dengan sempurna kerana fungsinya sebagai tempat keluar bagi wap panas yang membantu proses pembuatan agar ia masak sekata. Faktor kedua, tanpa lubang tersebut, biskut sukar untuk dibentuk menjadi kepingan kerana dohnya akan menggelembung (macam kek) disebabkan wap panas terperangkap didalamnya. Disamping itu juga ia membuatkan biskut yang dimakan terasa lebih rapuh dan rangup.

Dalam proses pembuatan, doh akan dileperkan menjadi kepingan sebelum digerakkan kearah roller yang mempunyai penebuk lubang (cam penebuk lubang talipinggang tu le). Jumlah tebukan lubang bergantung pada saiz dan keperluan pengeluaran biskut yang dibuat. Lebih besar jarak antara lubang, lebih banyak gelembung udara yang terhasil dan selalunya biskut gini tak dapat bertahan lama sebelum jadi lemau. Manakala semakin rapat jarak lubang, menjadikan biskut itu lebih kering. keras, rangup dan dapat bertahan lebih lama.

Fakta Tambahan

☺ Biskut (Cracker) pertama kali dibuat oleh John Pearson dari Newburyport, Massachussetts. Pearson adalah seorang pelaut dan selalu memikirkan satu makanan yang boleh bertahan lama dalam pelayaran tidak sebagaimana kuih tradisional yang cepat basi dan rosak. Pada tahun 1792, beliau telah mencampurkan tepung dgn air dan terus membakarnya, ciptaan yang terhasil beliau namakan Pearson's Pilot Bread (huh tak glemer langsung) seterusnya dikenali dengan nama Hardtack atau Sea Biscuits. Biskut ciptaannya ini dengan cepat menjadi sangat popular dikalangan nelayan, pelayar dan pelaut oleh kerana ketahanannya dalam masa yang panjang.

☺ Perkataan 'Cracker' pula tercetus pada tahun 1801, juga di Massachussetts apabila Josiah Bent telah membakar keseluruhan doh yang yang telah dileperkan secara tidak sengaja. Ketika sedang terbakar, doh tersebut mengeluarkan bunyi melepuh (crack) yang akhirnya membawa pada nama yang kita kenal pada hari ni. Josiah Bent juga adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan biskut ini sebagai snek harian bukan sekadar makanan bagi pelaut sebagaimana yang dicipta oleh saingannya, Pearson. Untuk itu, beliau telah menambah perisa kepada biskut buatannya sehingga tercipta plak biskut soda dan pelbagai biskut lainnya.

☺ Perkataan "Biskut" (Biscuit) adalah berasal dari perkataan Latin 'bis coctus' yang bermaksud dimasak 2 kali. Perkataan ini kekal sehingga sekarang dan menjadi nama naungan bagi resepi yang bergabung dibawahnya seperti Cracker, Kuih yang bersaiz kecil, Hardtack, Kek keras, Cookies dan sebagainya.

☺ Perkataan 'Cookies' pula adalah terbitan dari perkataan Belanda 'koekjes' dari kata asal 'koek' yang bermaksud kek. Ia menjadi perkataan yang popular di US sedangkan di England, mereka lebih gemar memanggil Cookies dengan nama Small Cakes, Seed Biscuits atau Tea Cakes.

☺ Perkataan 'Biskut Mayat' plak ? hadoih .. kena cari gak ni

Posted on 5:43 AM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

cara buat ayat terbalik di facebook, twitter dan lain-lain




ini status facebook aku, nak tahu macam mana nak buat ayat ataupun status terbalik ni? senang sahaja nak buat macam ni, mula-mula anda pergi kat mana-mana link di bawah ini. semua ini link untuk terbalikkan ayat yang anda tulis.


lepas tu tulis lah apa-apa pun dan copy hasilnya, kemudian paste kan dekat mana-mana yang anda suka macam facebook, twitter dan lain-lain. nak paste dekat blog pun boleh tapi kalau buat ayat untuk entri memang pening la orang yang baca tu. ini sedikit ayat yang dah diterbalikkan -> ɯnʎuǝs uɐp ɐɔɐq


nampak rare dan cool sikit kalau anda update status facebook dan twitter guna ayat terbalik ni. anda suka entri ni? kalau nak share atas entri ni ada button share di facebook. bawah pula ada button like, ǝɥǝɥǝɥ ¡ʞılɐqɹǝʇ ɐɹɐɔǝs sılnuǝɯ ıɐɯɐɹ-ıɐɯɐɹ ɯoɾ

Posted on 8:44 PM by kundangcrew and filed under | 0 Comments »

Kelah dan Alamnya



Kelah Merah Sg Trenggan Tasik Kenyir





Pengenalan
Ikan Kelah merupakan nama yang cukup sinonim dengan pemancing dan penggemar ikan air tawar sehingga digilai bagi tujaun sukan, ikan hiasan malah diburu sebagai sumber protein atau hidangan eksotik. Pelbagai nama dan jolokan diberi menunjukkan kewujudannya di hampir kesemua sungai-sungai pergunungan dan tasik sekitar asia bermula dari India ke Pakistan, Thailand, Malaysia sehingga la ke Indonesia malah termasuk China. Kelah merupakan nama panggilan masyarakat umum terhadap spesis ini di Semenanjung Malaysia, manakala bagi spesis yang sama di negeri Sabah ia dipanggil sebagai ikan Pelian. Di negeri Sarawak, kelah lebih di kenali dengan nama tempatan sebagai Empurau dan Semah. Sebenarnya perkataan Kelah atau Mahseer dalam bahasa Inggeris berasal dari akronim atau himpunan dua perkataan dalam bahasa Hindi yakni ‘maha’ dan ‘sher’ yang membawa maksud kepala atau mulut besar.

Fisiologi
Bibir bertanda bulat adalah bibir kelah
 Kelah adalah spesis ikan Kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik serta mempunyai garisan lateral (tengah) yang jelas kelihatan di tengah-tengah bahagian badan dan juga mempunyai bentuk sisik yang besar dan cantik. Jumlah sisik di bahagian garisan lateral (tengah) ikan dewasa kebiasaannya adalah antara 20 hingga 30 keping. Ikan kelah juga mempunyai beberapa sirip seperti pektoral, pelvik, dorsal, anal dan sirip kaudal (ekor). Perbezaan jelas ikan kelah dewas dengan ikan lain yang semiripnya ialah lebihan daging yang terdapat di bawah dagunya. Bagi membezakan anak ikan kelah dengan ikan lain pula ialah dengan melihat terus kepada siripnya yang bercahaya seolah-olah ia membawa lampu kalimantang. Ikan kelah ini boleh membesar sehingga lebih daripada 50 kilogram dan mudah dikenali kerana memiliki bibir dan mulut yang besar. Faktor persekitaran habitatnya mempengaruhi bentuk badan ikan Kelah samada akan lebih lonjong atau lebar.

Sejauhmanakah sukarnya membuktikan kebenaran pepatah lama yang mengatakan "sekilas ikan di air ku tahu jantan betinanya". Seperti spesis ikan normal yang lain, Ikan kelah juga mempunyai dua kelas jantina iaitu jantan dan betina. Tips mudah bagaimana hendak membezakan jantinanya ialah dengan melihat terus kepada sirip sebelum ekornya. Sirip belakang kelah jantan kelihatan tajam manakala sirip belakang betina jelas membulat. Ikan kelah yang telah mencapai berat 800 gram keatas telah dikira matang sebenarnya walaupun banyak pendapat menegaskan bahawa umur matang bagi ikan kelah dewasa hanya setelah ia mencapai berat empat kilo atau berusia sepuluh tahun keatas. Untuk membuktikannya kebenarannya, sila la belah perut terlebih dahulu ikan kelah betina yang beratnya kira-kira 800 gram sebelum anda memasaknya. Jangan terkejut dengan apa yang bakal anda saksikan nanti.


Info penting seterusnya ialah ikan kelah betina sebenarnya akan bertelur sepanjang tahun dan kerap kali mengeluarkan telur pada musim selepas hujan di celah-celah batu atau lopak air di sekitar kawasan sungai. Kebiasaannya ia akan mengeluarkan telur secara sedikit demi sedikit mengikut kematangan telur berbanding dengan ikan lain yang mengeluarkan telur secara sekaligus. Proses berteluar pula dilihat agak menyeksakan kerana induk betina akan cuba menghempas perutnya sekuat mungkin ke dasar sungai berbatu. Selepas itu, induk jantan yang berdekatan akan melepaskan cairan sperma ke sekitar telur betina tadi. Setakat artikal ini ditulis, belum ada penjelasan mutlak atau kajian lengkap menerangkan berkenaantindakan lanjut induk-induk kelah keatas telurnya sama ada akan terus menjaganya sebagaimana tindakan beberapa spesis ikan yang lain atau pun induk akan terus pergi meninggalkan telur-telur yang telah disenyawakan untuk diuruskan sepenuhnya oleh alam semula jadi. Alam ciptaan Tuhan sebenarnya.

Habitat
Kelah merupakan sejenis ikan air tawar dan mengkhusus habitat asalnya di kawasan air terjun, jeram dan sungai atau aliran deras di kawasan pergunungan. Kerana memerlukan kepadatan oksigen terlarut yang tinggi di dalam air untuk terus hidup, Kelah akan memilih untuk terus mendiami persekitaran air sungai yang deras dan bersih. Sifat sensitifnya kelihatan dengan kegemarannya untuk bersembunyi di dalam lubuk-lubuk berair agak gelap yang dipenuhi batu-batu pejal, banir pokok atau batang balak yang tumbang serta terdapat daun-daun mati di dasarnya. Ikan kelah adalah ikan yang lasak dan lincah berenang kerana ia hidup di celah-celah batu yang mempunyai aliran air yang deras. Faktor persekitaran habitatnya ini la yang mempengaruhi bentuk badan ikan Kelah yang akan kelihatan lebih lonjong atau lebar bahkan mempengaruhi jenis warna malah tahap kepekatan warna sisik serta keseluruhan tubuh badannya. Habitat semula jadi ikan kelah adalah di hulu sungai yang berketinggian lebih 500 meter dari paras laut. Ikan Kelah mempopulasi air pada tahap bacaan ph 7 yang bermakna seimbang tahap keasidan dan kealkaliannya.



Diet Makanan

Kelah tergolong dalam ketegori haiwan omnivor yang akan memakan pelbagai jenis alga, krustasia,serangga dan amfibia termasuk beberapa jenis buah-buahan dan biji benih pokok yang jatuh keatas air sama seperti beberapa jenis ikan Kap yang lain sebagai diet harian yang seimbang. Mengikut pemerhatian penulis, ikan kelah hanya akan memakan spesis ikan lain yang bukan dari keluarga kelah.

Buah Neram
  
Buah Maris

















Variety/ Jenis-jenis keluarga ikan Kelah
Terdapat dua jenis variety ikan Kelah di seluruh dunia iaitu Genus Tor dan Genus Acrossocheilus. Berikut merupakan pecahan jenis kelah yang berjaya di temui dan direkodkan buat masa ini;
Genus Tor:
  • Kelah Sirip Merah (Red-finned Mahseer) (juga digelarkan "Kelah Insang Pendek" (Short-gilled) ataupun "Kelah Badan Menghunjam" (Deep-bodied Mahseer): Tor tor (Hamilton)
  • Kelah Emas (Golden Mahseer) (juga digelarkan "Kelah Sirip Kuning" (Yellow-finned) ataupun "Kelah Himalaya Biasa" (Common Himalayan Mahseer): Tor putitora (Hamilton)
  • Kelah Tembaga (Copper Mahseer): Tor mosal (Hamilton)
  • Jungha: Tor progeneius (McClelland)
  • Kelah Decca (Deccan Mahseer}: Tor khudree (Sykes)
  • Kelah Belakang Tinggi (High-backed Mahseer) (juga digelarkan "Kelah Ponok" (Hump-backed) atau "Kelah Selatan" (Southern Mahseer): Tor mussullah (Sykes)
  • Kelah Malaysia (Malaysian Mahseer): (juga digelarkan ikan Kelah atau Kap Anak Air Besar (Greater Brook Carp): Tor Tambroides
  • Kelah Batu (Spesies belum dikenal pasti)
  • Tor Douronensis” di Ulu Kemapan , Endau - Rompin Taman Negara , Malaysia
  • Tor Tambra, Tor Tambroides dan Tor Duoronensis
Genus Acrossocheilus:
  • Kelah Coklat (Brown Mahseer): Acrossocheilus hexagonolepsis


Veriaty dan jenis spesis ikan Kelah yang terdapat di Malaysia 
Kelah Biru
 Berdasarkan kajian dan penyelidikan keatas spesis ikan kelah setakat ini terdapat lebih daripada 19 spesis kelah di dunia dan di Malaysia hanya terdapat tiga spesis iaitu Tor Tambra, Tor Tambroides dan Tor Duoronensis. Ikan kelah merah di Semenanjung Malaysia khususnya di Pahang, Terengganu dan Kelantan selalu dirujuk sebagai “Tor Tambroides”. Spesis “Tor Tambroides” yang sebenar ialah ikan kelah merah yang mempunyai lebihan cuping panjang di bawah mulutnya. Sementara di Sarawak, ikan yang dirujuk sebagai “Tor Tambroides” ialah ikan Empurau. Sementara ikan Semah di Sarawak (ikan rasmi negeri Sarawak) dirujuk sebagai spesis “Tor Duoronensis” dan warnanya lebih kehijauan tua ke coklat. . Ikan Pelian di Sabah juga dirujuk sebagai spesis “Tor Duoronensis”. Ikan kelah yang kebiruan juga biasa dirujuk sebagai dari spesis “Tor Douronensis” walaupun ianya didapati di Semenanjung Malaysia khususnya dari kawasan Endau. Penemuan terkini merupakan sejenis kelah yang dipanggil sebagai Kelah Pelangi oleh penemunya kerana terdapat beberapa garis warna yang berbeza di bahagian badan. Kelah ini hanya ditemui di dalam air terjun di atas gunung. Berkemungkinan ia merupakan antara spesis kelah Malaysia yang belum direkodkan secara rasmi.


Empurau

Taburan
Ikan Kelah hampir terdapat dikebanyakan hulu-hulu sungai pergunungan seperti Sg. Tembeling, Sg. Lebir, Sg. Terengganu, Sg. Tanum, Sg. Endau, Sg. Selangor, Sg. Muda dan Sg. Perak. Sehingga artikal ini di tulis, penulis masih mendapat maklumat dari teman-teman penggemar kelah bahawa dalam penjelajahan terbaru, mereka menemui beberapa sungai di pergunungan yang terdapat banyak ikan kelah. Berita ini sangat menggembirakan buat semua penggemar ikan Kelah kerana dengan penemuan ini bermakna terdapat lubuk-lubuk baru yang berpotensi mememukan spesis baru atau harapan untuk aktiviti memancing di masa hadapan.


Keistimewaan
Cuba tanya kepada pemancing apa keistimewaan ikan Kelah sehingga manjadi buruan dan digilai. Pasti jawapannya kerana cabaran yang diperolehi. Cabaran sebenarnya bermula semenjak usaha menjejak lubuk kelah yang pastinya banyak menguji kecekalan para pemburu. Kita belum sampai ke cerita tentang pertembungan dengan kelah itu sendiri. Menjejaki lubuknya pun sudah mengerah sepenuh kudrat, kemahiran dan pengetahuan yang cukup tinggi. Sebenarnya, bukan kerja calang-calang orang. Kemahiran menduga arus dan kedalaman air sangat penting. Pemancing harus memerhati dan menganalisa keadaan lubuk. Perlu mengetahui dimanakah kedudukan pintu lubuk dan halaman tempat bermain sang kelah. Pertembungan dengan si Raja Sungai ini pasti mewujudkan satu demensi yang lain. Kehebatannya bertarung semasa terkena mata pancing di hujung joran pasti menjanjikan satu pengalaman yang berlainan dan sungguh berharga buat si pemancing sehingga melayakkan si pemenang dinobatkan ‘Lesen Pemancing kelah’ yang akan menaikkan lagi tarafnya kepada kelompok ‘Pemancing Tegar’. Cabaran dan semangat juang yang tinggi inilah yang membuatkan kelah digelar sebagai ‘Kings Of The Rivers’, ‘The King Of Fish’, ‘The King of Freshwater Sport Fish’, ‘World Best Freshwater Sport Fish’, ‘Raja Ikan Air Tawar’, dan ‘Raja Sungai’ sehingga di pilih sebagai ‘Ikan Sukan’. Sebenarnya, peluang pemancing dan sang kelah untuk memenangi pertarungan adalah sama besar 50-50 peratus. Peluang yang sama adil. Kelemahan kemahiran mana-mana pihak akan memberi peluang dan kelebihan kepada pihak yang satu lagi untuk memenangi pertarungan tersebut. Sabar..! Penulis akan kongsikan semuanya dalam artikal yang seterusnya.
Anak Kelah Bara Sg Tembat

Kelah juga mempunyai peminat atau penggemarnya tersendiri. Ramai yang menjadikan kelah sebagai haiwan belaan atau ikan hiasan di ruang tamu rumah, restoran, pejabat mahupun penghuni kolam halaman. Kelincahan serta kecantikan warnanya pasti memukau siapa sahaja yang melihatnya. Anda boleh memilih untuk membiarkan akuarium anda kosong dengan hanya dihuni seekor dua kelah sahaja untuk menampakkan kelainan. Atau pun anda boleh menghiasnya dengan meletakkan tunggul kayu berukuran sederhana besar berserta batu-batuan kecil berwarna di dasarnya bagi menyerlahkan lagi suasana semulajadi di dalam akuarium. Seterusnya, anda boleh memasukkan bilangan kelah yang banyak untuk melihat persembahan gerombolan kelah yang bergerak lincah ke semua sudut dibantu tujahan air akibat sistem pam penapis yang di pasang pada akuarium anda. Pilih la dengan hanya meletakkan ikan kelah sahaja atau mengintegrasikan dengan spesis ikan lain. Pada peratusan yang kecil, ada pendapat mengatakan bahawa tindakan ini menyumbang kepada kadar kepupusan spesis kelah, namun ada juga pendapat yang mengatakan bahawa ia menyumbang kepada usaha menyelamatkan spesis terutama variety yang diancam kepupusan. Pastinya, pilihan ditangan anda.
Semenjak sekian lama, penduduk di tepian sungai malah orang asli telah menjadikan ikan Kelah sebagai lauk seharian atau sumber protein utama. Rasa isi yang enak pasti membuatkannya menjadi pilihan ramai. Sehingga dewasa ini, sajian isi ikan kelah telah sampai ke kota-kota besar menjadi hidangan eksotik di restoran-restoran mewah malah sampai ke meja makan hotel bertaraf bintang. Senario ini membuatkan harga ikan Kelah hidup atau mentah melambung naik di pasaran. Di Indonesia, kaum Batak telah menjadikan hidangan ikan kelah sebagai hidangan wajib dalam beberapa upacara mereka. Pastinya, para pemancing di sungai-sungai pergunungan tidak akan membiarkan hasil tangkapan mereka yang berkhasiat, enak malah eksotik ini begitu sahaja. Pelbagai menu dan cara masakan boleh dicuba yang pastinya kepuasan merata isinya membuatkan ianya tidak ditinggalkan bersisa. Ramai yang berpendapat tangkapan dan pemburuan yang melampau dari masa ke semasa mengakibatkan kepupusan ikan kelah. Sebenarnya, impak masih dalam kuantiti peratusan yang sedikit. Pembalakan hutan dan apa jua tindakan mengubah pusat tadahan air adalah punca sebenar kepupusan.

Harapan
Sesungguhnya, pembalakan hutan dan apa jua tindakan mengubah pusat tadahan air adalah memusnahkan, malah menjadi punca sebenar kepupusan melampau spesis kelah liar. Peratusnya sangat dasyat. Kemusnahan ekosistem bererti kemusnahan air dan aliran sungai di lubuk-lubuk kelah bertelur yang akhirnya memusnahkan habitat kelah mencari makanan, hidup membesar dan menghalangnya dari terus membiak. Walau apapun alasannya, hentikan pembalakan dan apa jua usaha mengubah pusat tadahan air, titik.

Santuary Kelah
Pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan oleh ramai pihak termasuk pihak bertanggungjawab jabatan kerajaan mahupun pihak swasta malah ramai individu persendirian bertindak proaktif demi menjaga dan memastikan kelangsungan hidup khazanah negara yang kian di ambang kepupusan ini. Usaha mengejetkan dan memperuntukkan beberapa bahagian sungai negara menjadi pusat ternakan atau sentuary khas sangat la membuahkan hasil. Pandangla kehadapan demi generasi yang akan datang. Mari la bersama-sama dengan apa jua cara untuk terus menyumbang kearah memastikan spesis ikan kelah akan terus menjadi penghuni sungai-sungai pergunungan negara.


Rekod berat dan saiz
Berdasarkan rekod kajian, ikan kelah dari jenis “tor tambroides” dan “tor tambra” boleh membesar sehingga melebihi 1 meter. Manakala Spesies Mahseer Emas (Golden Mahseer) (juga digelarkan "Mahseer Sirip Kuning" (Yellow-finned) ataupun "Mahseer Himalaya Biasa" (Common Himalayan Mahseer): Tor putitora (Hamilton) diketahui mampu mencapai sehingga 2.75 meter panjang dan berat 54 kilogram. Spesimen sebesar ini jarang sekali ditemui lagi pada hari ini.











Rujukan;

· Pengalaman dan pengamatan penulis di lapangan bersama teman-teman.

Posted on 5:36 PM by kundangcrew and filed under | 2 Comments »